21 September 2011

Sup Ayam Bening dengan Sawi dan Carrot - 7 bulan ke atas

Sup ini memang simple dan mudah apatah lagi jika anda mahu memperkenalkan ayam. Tiada penggunaan minyak jadi ianya lebih sihat. Yang penting boleh dinikmati bersama-sama keluarga yang lain (cuba asingkan baby dan kita punya. Yang kita punya boleh lah tambah garam sedikit selepas itu)

Tambahan carrot membuatkan ianya manis dan bawang putih pula membuatkan ia bau wangi. Boleh tambah sedikit hirisan halia semasa merebus jika mahu.

Bahan-bahannya:
1 keping ayam (bahagian dada)
2 biji bawang putih
Air untuk merebus

Carrot dipotong dadu
Sawi dihiris halus (daun sahaja)

Cara membuatnaya:
Biasanya ayam saya suka rebus bersama-sama bawang putih yang dibasuh dan diketuk (kulit tidak dibuang).

Selepas Ayam empuk, saya angkat dan kuah sup saya tapis dan kemudian jerangkan lagi hingga mendidih. Saya kemudian tambah setengah biji bawang holland yang dihiris dan carrot yang dipotong dadu. Setelah carrot empuk saya masukkan pula sayur sawi (daun sahaja).

Untuk lebih sedap boleh juga tambahkan bay leave.

Untuk variasi boleh digunakan dengan menambah makaroni, taufu lembut, lobak putih atau labu manis


selamat mencuba!

7 comments:

  1. Assalamualaikum kak farah,

    sy selalu gak lepak kt blog akak ni. tp, jadi silent reader je. bila tgk sup ni teringin lak nk buat kat anak. tu yg tinggal komen ni... harap kak farah sudi beri tunjuk ajar.

    Tumpang tanya, kalo sawi ganti ngan bayam blh tak?
    Lepas dah siap masak, blend or lenyek2 je kak? psl sayur tu tak melekat ke kt lelangit baby?

    oh..lagi satu, sy minta izin letak blog akak kt blog saya ye..senang nk cari lagi nnti..

    ReplyDelete
  2. Sawi boleh ganti dengan bayam kalau mahu. Blend se eloknya lah Maria. Sayur hanya akan melekat kalau kita tak blend elok2 sementara baby belum ada gusi.

    Kadang2 saya tak bagi pun sebab beranggapan vitamins semua sudah terlerai masuk dalam sup :)

    ReplyDelete
  3. Oh teruja komen lupa nak cakap
    Wa'alaikummusalam Maria dan terima kasih kerana sudi singgah blog akak ni

    ReplyDelete
  4. salam kak..tumpg tanya,sy budak baru belajar..jd byk tanya,hehe..resepi ni bley buat klau kita 1st time nak intro ayam kat baby 9m tak?then sy kurg jelas..klu dah 7m,still kena ikut 4days rule ke?cntoh sy nak bg anak mkn resepi ni,so 4hari la sy buat ye..lg 1,sy confuse,kta blend ayam yg dah empuk dgn carrot n kangkung tu kan?air rebusan ayam tu bley buat stok ayam tak?then after blend baru cmpur dgn bubur ye?

    ReplyDelete
  5. sori,pembetulan ayat diatas..baby baru 7m.

    ReplyDelete
  6. salam,
    tupang tanye... lepas dah siap ni kene blend ke?
    or leh bagi macam ni je?

    ReplyDelete
  7. anak ummi :
    boleh intro utk bayi 9 bulan
    dari 6 ke 12 bulan setiap makanan baru kena buat 4 day wait rule
    Yes - blend semua tp tektur makanan mengikut apa yang anak suka (tak semestinya halus)
    Air rebusan boleh buat stok ye
    Lepas blend baru campur :)

    thinkerbell:
    seperti yang saya kata di atas

    best to join our FB group utk immediate response to your questions :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...