Resipi ni sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas. Tomato agak asidik jadi cara sesuai untuk kurangkan adalah dengan cara memasaknya. Resipi buatan saya sendiri ini sesuai dimakan dengan ayam rebus, isi ikan bakar dan pasta. Malah kalau letak atas broccoli atau carrot rebus pun sedap. Buatlah ia seolah2 tomato ketchup untuk baby kita
Kalau bagi dengan ayam saya kata kat Mimi "Nah - Ayam Masak Merah" hehehe
Untuk dapatkan bau harum, saya gunakan unsalted butter, bawang putih, jintan dan kayu manis. Since tak menggunakan garam dan gula, boleh tambah sedikit kurma puree kalau mahu.
Yang diperlukan
6 biji tomato segar
1 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil jintan
1 batang kecil kulit kayu manis
1 sudu kecil unsalted butter
Cara membuatnya
Untuk membuat kulit tomato, buat incision berbentuk x di bawah dan rebuskan tomato tersebut sehingga kulitnya tertanggal
Lenyek atau blend dan tapis untuk buangkan biji.
Bawang putih tumbuk bersama2 jintan
Tumis bawang putih yang sudah ditumbuk bersama2 jintan dan tumis dengan unsalted butter (kalau ada iron cast pan yang biasa untuk buat sauce lagi bagus). Masukkan 1 batang kecil kulit kayu manis.
Setelah bahan tumisan naik bau, bolehlah masukkan tomato yang telah diblend/lenyek dan tapis itu.
Kacau, perlahankan api dan biarkan ia reduce sedikit sehingga agak pekat dan tambah puree kurma. Lepas dah cool down boleh la letakkan atas makanan baby - contoh here ayam rebus - maka jadilah ayam masak merah versi untuk bayi :)
Tips : This base boleh digunakan untuk buat beef bolognase untuk pasta for our baby.
Gantikan unsalted butter dengan olive oil
Caranya masa tumis masukkan daging cincang (lean beef ye) dan 1/2 biji bawang holland yang telah dicincang halus. Tumis sampai "brown" daging dan bawang agak caramelized sebab masa tu keluar rasa manis bawang tu.
Setelah daging agak masak, masukkan stok tulang daging, sehelai atau 2 helai bay leave (kulit kayu manis tak perlu) dan tutup biarkan daging empuk.
Selepas itu bolehlah bolehlah masukkan tomato yang telah diblend/lenyek dan tapis itu. Kacau, perlahankan api dan biarkan ia reduce sedikit sehingga agak pekat dan tambah puree kurma.
Even after that boleh tambah puree apple dan puree carrot kalau suka - memang sedap.
JANGAN LUPA RASA - hehehe saya selalu rasa makanan anak saya - tak masin tak apa tapi kalau ada bau harum, manis2 sikit ok la tu.
Mari kita lihat aksi anak saya makan "Ayam Masak Merah" nye dengan nasi lembek
Lebihan sos boleh di frozen dan tahan agak2 seminggu. Selamat Mencuba :)
tq 4 sharing..best tgk c kecik mamam..
ReplyDeletetq 4 sharing.
ReplyDeletesharing is sexy. :)
Salam dear, nak tanya anak you time makan nasi tomato ni age berapa? i plan to give my baby pasta with tomato and she is 9 mth with 4 tooth. thank u :)
ReplyDelete