21 September 2011

Bergedil Ayam Baby - 9 bulan ke atas


Ini finger food kegemaran Mimi. Seperti yang saya katakan sebelum ini, anak saya yang no 3 ini sangat berbeza sekali tabiat pemakanannya. Dia suka explore texture dan kurang gemar puree. Saya campurkan Apple yang disagat untuk tambah rasa manis pada ayam rebus yang dicampurkan bersama supaya Mimi sukakannya. Yang penting, saya rasa dulu baru bagi (semasa mula-mula mencipta resipi ini) sebab kalau sedap dan tak masin sekalipun, pasti PAS jika dihidangkan padanya. Resipi ini ada ketumbar dan jintan putih jadi bagi bayi yang sudah biasa minum susu ibu, pastikan sudah "terdahulu" merasa semua ini kan? Itu sebabnya saya tambahkan lagi. Saya juga salutkan dengan serbuk roti agar ia tidak menjadi terlalu kering.

Mimi sudah biasa makan telur sekarang ini - memandangkan ketika mendapat suntikan dahulu, pihak PPUM sudah mengeluarkan arahan pemberian telur secara berperingkat kepadanya untuk suntikan MMR pada usia 1 tahun nanti. Jadi ini salah satu cara saya perkenalkan telur kuning padanya. Jika anak anda masih belum diperkenalkan kepada telur kuning, bolehlah tinggalkan.

Bahan-bahan:



2 biji kentang sederhana
1 cawan daging ayam yang sudah direbus bersama2 bawang putih
1/2 cawan carrot yang sudah di sagat
1/2 cawan apple yang sudah di sagat
2 biji bawang putih
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil ketumbar
sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
sedikit serbuk roti
*1 biji kuning telur

*pakai kuning telur jika anak anda sudah biasa diberi kuning telur berperingkat dari usia 8 bulan.

Cara-cara membuat:
Daging ayam direbus bersama-sama bawang putih (diketuk dan masukkan dalam air) Terpulang berapa banyak bawang putih yang anda mahu.

Bawang putih di tumbuk bersama-sama jintan, ketumbar dan kunyit untuk dijadikan rempah tumbuk.

Daging ayam dicincang halus (boleh juga diblender)


Campurkan rempah tumbuk dan daging ayam. Perap seketika.



Potong kentang kepada wedges dan bakar. Jika mahu goreng sila gunakan pure olive oil dan toskan minyak betul2 dengan menekap kentang menggunakan kitchen tissue.

Tumbuk atau blender kasar kentang.

Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan gaulkan *bersama-sama 1 biji telur kuning



Selepas itu bentukkan menjadi begedil sederhana. Cocok-cocokkan begedil dengan garfu sedikit (supaya senang masak)

Celupkan dalam serbuk roti dan bakar pada suhu sederhana selama 10 hingga 15 minit (or until golden brown)


Biasanya sebelum saya beri pada Mimi, saya potong kecil2 dan beri sedikit sahaja. Jangan "overwhelm" anak anda dengan hidangan yang banyak sekaligus. Biar dia cuba 1-2 potong dahulu dan tambah mengikut keperluan.



Ini saya anggap "lauk". Selepas Mimi puas explore texture dan rasa saya suapkan bubur nasi dan sup ayam sawi carrot bening



Ikutkan memanglah renyeh menyiapkan hidangan si kecil SAHAJA tapi saya improvise supaya tak banyak kerja perlu buat

Bagi kakak-kakaknya saya buat Begedil  Carrot Bersos Ikan dan Ayam Goreng Rempah Upin Ipin yang dihidang bersama sup yang sama. Kami juga makan bubur hari ini (family memang suka selang sehari makan bubur)




Ini aksi Mimi ketika menikmatinya :)





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...