25 September 2011

8 Tips Garis Panduan Mudah Ketika Traveling dengan Makanan Bayi


Posting ini adah kesinambungan daripada posting saya tentang pengalaman melancong membawa makanan bayi sebelum ini (read : here)

Memandangkan saya rasa ianya masih terlalu ringkas, saya tambahkan mana-mana informasi yang mungkin telah saya tertinggal.

Holiday Pertama Syasya - Langkawi

Kerana makanan bayi buatan sendiri dibuat segar dan tanpa bahan pengawet, travelling dengan membawa makanan bayi yang dibuat sendiri boleh menjadi sedikit rumit.

Peraturan asas saya jika melancong ialah membawanya bersama jika anda akan berada di jalan raya untuk kurang daripada 24 jam. (masa perjalanan apabila anda tidak akan mempunyai akses kepada freezer standard). Jika ini berlaku, saya titipkan 8 garis panduan mudah untuk menyimpan makanan untuk bayi anda, yang dibuat sendiri dengan lebih selamat:

  • Pastikan anda mempunyai cooler yang bertutup rapat yang anda boleh simpan di lokasi suhu terkawal. Sebagai contoh, menyimpan cooler di dalam bahagian kenderaan anda berhawa dingin kerana bonet belakang kereta boleh menjadi terlalu panas dalam cuaca kita di Malaysia ini dan boleh menyebabkan makanan menjadi cepat rosak.
  • Isikan cooler penuh dengan ais. Lebih banyak ais yang lebih baik!
  • Saya hanya angkut makanan yang sudah di beku menjadi cubes.
  • Pack kiub makanan bayi dalam beg ziplock yang senantiasa bertutup rapat dan pek lebih daripada yang anda fikir perlu.
  • Sebaik sahaja anda tiba di destinasi anda, keluarkan makanan dari cooler dan dimasukkan ke dalam peti ais dengan segera.
  • Pastikan kiub makanan yang sudah beku itu tidak mencair, walaupun sedikit. Jika makanan bayi tidak berada di suhu beku yang berterusan, anda mungkin menjejaskan keselamatan makanan tersebut.
  • Jika ia tidak menjadi sedikit cair semasa dalam perjalanan, jangan bekukan kembali. Simpan di dalam peti sejuk bahagian bawah dan gunakan dalam tempoh 12 jam akan datang atau buang.
  • Sebelum diberikan kepada bayi anda, pastikan anda benar-benar memanaskan makanan tersebut di dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur. Panaskan agak-agak suam-suam kuku dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Jika anda tidak pasti mengenai garis panduan ini, saya lebih memihak pada sebelah "keadaan berhati-hati" dan akan mencari alternatif lain - biarpun ianya segera. Apa-apa faedah kesihatan makanan buatan sendiri boleh dipengaruhi oleh risiko keselamatan makanan yang telah dikompromi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...