25 September 2011

Fusilli Pasta with Mustard Green, Chicken & Sweet Potato Puree - 8 Months above


Saya peminat Masterchef tak kira dari Australia atau pun UK. Saya rasa setiap satu episod mesti ada mana-mana peserta yang membuat puree untuk dimakan bersama-sama pasta seperti ravioli and tortellini atau dengan daging dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa puree bukanlah BABY FOOD semata-mata, tetapi sesiapa sahaja yang sudah biasa makan gourmett food akan tahu bahawa puree adalah sebahagian daripada hidangan tersebut.

contoh original resipi masterchef menggunakan puree
http://www.masterchef.com.au/baby-vegetables-with-carrot-puree-and-potato-crisp.pdf

Maka dari situ saya mendapat idea menggunakan puree dan menghidangkannya bersama-sama pasta fusilli.

Mengapa saya guna fusilli adalah kerana, ini adalah antara pasta yang mudah dipegang oleh baby dan ia adalah antara pasta yang mampu menyerap kuah pasta dengan banyak.

Kombinasi sawi dan keledek pula yang terbaik kerana keledek oren mampu memberikan hidangan ini rasa manis yang akan cover rasa pahit sayur sawi. Ini adalah cara terbaik memperkenalkan sayur sawi pada bayi anda.

Bahan-bahannya :

1 cawan daging ayam (bahagian dada)
1 cawan keledek oren
2 ulas bawang putih
segenggam sawi hijau
1 cawan pasta fusilli

Cara memasak :

Rebus ayam dan 2 ulas bawang putih sehingga empuk. Kemudian masukkan keledek oren. Tunggu sehingga keledek empuk dan kemudian masukkan sayur sawi. Kisar kesemua bahan-bahan yang telah direbus ini menjadi puri

Menggunakan kuah stok tadi, rebus pasta fusilli di dalamnya sehingga pasta empuk dan lembik.

Cara menghidangkan :

Anda boleh menggunting fusilli menjadi lebih pendek untuk senang dimakan. Letakkan puree di atasnya. Untuk lebih enak, boleh tambah mozarella cheese yang telah di sagat.


Jika bayi tidak allergic bayam, boleh juga gantikan sawi dengan bayam.

Mari kita lihat Mimi menikmati hidangan ini :

Selamat Mencuba!!





2 comments:

  1. Assalam kak,

    Anak saya 8mths tak ada gigi lagi, nak kena blend kasar tak pasta tu or just bg mcm tu saje? TIA.

    Sha

    ReplyDelete
  2. Boleh juga blend kasar2 kalau mahu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...