Vaksin MMR adalah campuran daripada tiga jenis virus yang dilemahkan yang disuntik untuk imunisasi melawan demam campak , beguk dan rubela . MMR umumnya diberikan kepada anak-anak yang berumur 1 tahun dengan dos penguat diberikan sebelum memasuki umur sekolah (sekitar umur 4 atau 5). Di Amerika Syarikat, vaksin MMR diizinkan pada tahun 1963.
images from Google
Contohnya Vaksin MMR dijual oleh Serum Institute of India dengan Tresivac, dan sanofi pasteur dengan nama Trimovax
TRIMOVAX® adalah kombinasi
(1) virus campak atau Messels yang dilemahkan (strain Schwarz), yang di kembangkan pada sel embrio ayam,
(2) virus beguk atau Mumps (strain Urabe Am9), yang di biakkan dalam telur ayam, dan
(3) virus rubela (strain Wistar 27/3), yang dibiakkan pada sel diploid manusia.
Oleh sebab itu, setiap ibu yang mempunyai anak yang bakal melangkau 8 bulan akan diberi penerangan tentang bagaimana untuk mengelakkan sebarang komplikasi ketika MMR diberikan pada usia 1 tahun nanti.
Pihak PPUM akan memberikan MEMO tersebut pada check up baby pada usia 5 bulan. Menurut Memo tersebut :
Boleh dimulakan masa baby berusia antara 8 hingga 10 bulan
Beri anak makan KUNING TELUR 1 SUDU (SEPENUH MASAK) 1 hingga 2 kali seminggu
Jika berlaku kemerahan kulit di MULUT & BADAN ini tanda alahan dan hentikan makan telur untuk sementara waktu (seminggu SAHAJA)
Teruskan bagi makan kuning dan putih telur, lebihkan dari masa ke semasa. Seminggu 2 hingga 3 kali
Jika tiada alahan, means no problem esok masa di suntik at 12 months
Bagi mengelakkan sebarang komplikasi selepas suntikan nanti, adik akan dimasukkan dalam wad selama 6jam untuk diberi pemerhatian.
Cara I bagi Mimi :
8 Months
Week 1 - 1 kali 1 sudu besar KUNING sahaja masukkan dalam bubur dia
Week 2 - 2 kali 1 sudu besar KUNING sahaja masukkan dalam bubur dia
Week 3 - 1 kali dari biji KUNING sahaja masukkan dalam bubur dia
Week 4 - 2 kali dari 1 biji KUNING sahaja masukkan dalam bubur dia
9 Months
Week 1 - 1 kali dari 1 biji KUNING dan 1 sudu PUTIH telur masukkan dalam bubur dia atau eggy toast
Week 2 - 2 kali dari 1 biji KUNING dan 1 sudu PUTIH telur masukkan dalam bubur dia atau eggy toast
Week 3 - 1 kali 1 biji telur sebagai scramble egg atau eggy toast
Week 4 - 2 kali 1 biji telur sebagai scramble egg atau eggy toast
Actually sometimes dalam kuih dan untuk eggy toast tu pun quantity telur ayam cuma dalam 1/2 biji jadi saya bagi juga sampai 2-3kali untuk biasakan dia.
Egg allergy boleh jadi serious kalau tak prepare oneself, like the memo says sesak nafas dan kebiruan. Sebab bila kita alami alahan badan kita termasuk salur pernafasan akan menjadi bengkak...tu yang jadi sesak nafas. So I take the Memo seriously and prepare my Mimi before dia turn 12 months :)
sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Vaksin_MMR dan Google
Masih dalam mood - mencari yang asli. Mimi dah sebulan tak makan Farleys Rusk. Bukan tak mau bagi, tapi..hurmm ntah la. Besok besar pun mesti dia makan biscuit marie je kan? hehehe
So since ada lebih keledek dari buat Cottage Pie Made In Malaysia, apa kata kita buat kuih sikit untuk minum petang. Mimi makan pada pukul 12 jadi, minum petang dia dalam pukul 4pm dan selalunya itu untuk memberi laluan buat Mama dia prepare untuk dinner.
Inspirasi? Saya dulu sekolah ambil Sains Rumahtangga. Abah saya mati-matian kata suruh masuk dan ambil jurusan tu dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3. Nasib baik saya ikut cakap dia - dalam terpaksa huhuhu
Itulah buku resipi yang sekarang harta paling berharga buat saya. Semua resipi traditional kita ada - termasuklah Choq Keria.
Of course kalau untuk baby kenalah pakai tepung yang lebih berkhasiat, maka saya ambik sikit oat quick cook kakak dia punya dan saya dry blend. Nah...instant oat tepung
Harus juga berterima kasih kepada Ella yang sudi beri inspirasi pada minum petang kita hehehe
I tak deep fry, cuma bakar so lebih keledek dari tepung dan takde gula. Untuk Mimi kan?
Tapi bila mak dia cicah gula...wooooo sedap hehehe
Bahan-bahan:
2 cawan ubi keledek oren yang direbus
1/2 cawan tepung oat quick cook
Baking Paper yang disapu sedikit butter.
Cara-cara membuat :
Oat quick cook di kisar menjadi tepung.
Lenyekkan ubi keledek oren dan kemudian campurkan oat quick cook sikit demi sedikit sehingga anda mendapat dough yang senang dibentuk.
Letakkan di atas baking tray yang sudah dilapik baking paper.
Bakar selama 15 minit atau hingga golden brown sedikit.
Sejukkan sebelum di hidangkan kepada bayi anda.
So - finger food yang lebih realistic kepada setting kita di Malaysia bukan? Lagipun ini makanan-makanan kita. Something baby akan lebih familiar and not biscuit Farley's Rusk cicah kopi O bila besar nanti hehehe
Of course bila saya fikirkan tentang apa yang akan saya hidangkan dengan apa jua resipi yang saya jumpa di internet, saya MESTI memikirkan rasa, texture yang berada di sekeliling saya.
Saya boleh gunakan Bay Leave untuk membuat inti stew daging yang menjadi variasi Cottage Pie hari ini tetapi in real life Mimi akan bertemu dengan inti murtabak daging, inti karipap daging, bihun sup utara, daging masak kari, daging masak samah...masak kurma dan sebagainya bila dia dewasa. Tiada penggunakan Bay Leave - hanya rempah ratus dari zaman tok nenek kita lagi.
Cuba mungkin kekangan bagaimana informasi terkini tentang pemakanan anak-anak yang membuatkan tok nenek kita hanya memberi apa yang merada di sekeliling kita. Tak semesti kita katakan TIDAK BAGUS, itulah warisan kita. Namun, jika kita boleh olah menjadi yang LEBIH BAIK mengapa tidak?
Dari situ lahir resipi cottage pie kedua ini. Stew daging yang baik terhasil dari gabungan gravy yang harum, bawang yang ditumis sehingga naik bau dan menjadi manis dan penuh dengan sayur-sayuran seperti carrot dan kacang peas. Untuk kakak-kakaknya saya letakkan buttom mushroom, malah jika ada broccoli sekalipun akan saya letak atau kacang tolo (black eyed peas) yang selalu makcik2 saya letak untuk sambal goreng.
Cottage Pie bukanlah Pie yang menggunakan kulit pastry. Toppingnya adalah gabungan mash potato dan cheese. Saya ubah dan letakkan keledek oren dan kentang sebaliknya - kerana keledek oren kaya vitamin A dan saya anggap sebagai superfood.
Tidak menggunakan bay leave, rempah sup mak siti - gabungan kesemua rempah yang biasa kita gunakan. I think it was this rempah sup yang membuatkan inti Cottage Pie ini sedap - tak perlu pun garam :)
Bahan-bahan untuk inti Stew Daging:
3 ulas bawang putih
1 setengah cawan daging
Setengah cawan carrot didadu
Setengah cawan kacang peas
1 sudu kecil rempah sup Mak Siti
2 sudu kecil tepung gandum
2 sudu kecil butter atau sedikit olive oil untuk menumis
Bahan-bahan untuk topping:
sebiji kentang sederhana
sebiji keledek oren sederhana
sedikit cheddar cheese yang disagat
Cara-cara memasak inti Stew Daging :
Rebus daging dengan 5 cawan air sehingga empuk sedikit. Blender hingga daging lumat. Kemudian campurkan daging rebus yang hancur dengan tepung gandum. Ketepikan
Bawang Putih dan Bawang Besar di cincang
Tumis bawang putih dengan 1 sudu butter
Masukkan daging dan tambah stok dari air rebusan tadi
Tambah satu sudu kecil rempah Mak Siti dan masukkan kacang peas.
Biarkan hingga kacang peas empuk. Kemudian baru masukkan carrot. Biarkan agak berkuah sedikit kerana bayi tidak akan mahu makan jika inti kering.
Sebelum inti stew daging di masukkan ke dalam loyang kecil atau ramekin, lenyek-lenyekkan kacang peas supaya bila bayi makan ianya tidak akan melekat menjadi choking hazard
Sediakan mash potato dan keledek dengan merebus kedua-duanya terlebih dahulu. Setelah empuk, masukkan 2 sudu cheddar cheese sagat.
Setelah itu letakkan di atas inti tersebut sehingga menutupi semua bahagian secara kemas.
Bakar selama 10 ke 15 minit dan sejukkan.
Boleh cuba untuk suap jika baby suka atau macam saya bagi baby makan sebagai BLW (walaupun comot)
Semalam beli oats dengan niat nak buat biscuits untuk Mimi. Tapi somehow I dunno, maybe coz I tak keen on adding sugar I decided not to and went ahead with the Banana and Oat Pancakes
Resipi ni ada telur so kalau nak buat untuk anak below 8 months, jangan letak telur ye
So melempeng la kita...but so fun's sake, I jadikan dia Mickey Mouse Banana and Oat Pancakes.
The original recipe is from here
http://www.babyledweaning.com/forum/viewtopic.php?f=2&t=24999
Bahan-bahan :
1/2 cup of Rolled Oats
1/4 cup of liquid - Breast Milk, Formula, Rice Milk, water or fresh apple juice
1 Egg or Egg Replacement (tak letak)
1 Large Banana
Cinnamon to taste (serbuk)
Cara-cara:
Once all is in the blender, blend until mixture is nice and smooth and then cook in a hot pan.
Mixture makes around 6 small pancakes.
Sebab nak bagi Mimi pegang I made them smaller...so nampak la dapat lebih sikit dari 6. I also potong kecik-kecik at first sebelum bagi the big pieces to practice.
I enjoyed making them and I think this is a winner now, +1 for breakfast menu!
Chawanmushi adalah makanan Jepun yang dibuat daripada campuran telur ayam dan dashi yang dikukus di dalam mangkuk. Makanan ini dihidangkan bersama mangkuknya dan dimakan sebagai makanan pembuka selera.
Bahan-bahan untuk puree:
1 cawan daging batang pinang
2 ulas bawang putih
1/2 cawan keledek oren
1/2 cawan carrot
1/2 cawan apple merah (dibuang kulit dan bahagian tengah yang keras)
4 biji prune
Fusilli Pasta dalam segengam
Cara-cara membuatnya :
Rebus Fusilli Pasta sehingga soft (untuk baby kena soft tak boleh el dente)
Boleh la potong2 lebih kecil jika mahu.
Rebus daging dengan bawang putih sampai empuk.
Keluarkan daging dan rebus keledek, carrot dan apple merah dan rebus sampai empuk pula.
Keluarkan kesemua bahan dan rebus prune sekejap dalam stock tersebut (sampai soft)
Puree Daging dan kesemua bahan-bahan tadi (kecuali prune) hingga hancur
Cincang prune kecil-kecil
Cara menghidangkan :
Letakkan Pasta dalam pinggan dan kemudian puree. Top it off dengan prune yang dipotong cincang. Sedia untuk di SUAP :)
Saya memang pengemar Cottage pie or shepherd's pie - lebih daripada lasagna :)
Cottage pie or shepherd's pie ni sebenarnya tidak memerlukan pastry crust - anda hanya perlukan a pie/casarole dish, di isi dengan lebihan beef stew dan anda apa sahaja yang sedap untuk ditambah selepas itu hehehe.
In early cookery books, the dish was a means of using leftover roasted meat of any kind, and the pie dish was lined with mashed potato as well as having a mashed potato crust on top - wikipedia
Saya dapat idea membuat versi Cottage Pie saya sendiri daripada resipi Mini Cottage Pie oleh Annabel Karmel. Namun disebabkan saya punya oven+microwave sudah short dan saya tak dapat gunakan ramekin yang ada, a little bit of creativity doesn't hurt :) (ada oven toaster kecik with its own tray yang muat-muat untuk cookie cutter :P)
Ini betul-betul punya perah otak dan memang gunakan apa yang sedia ada. Disebelah kanan adalah tauhu yang sudah saya lenyek yang saya jadikan base (macam base untuk cheesecake tu). Mashed potato dan keledek putih untuk toping dan saya gunakan lebihan puree daging + prune dan puree carrot+apple yang frozen keras dicincang-cincang.
Cookie cutter bersize besar Heart tu saya beli di TESCO dulu sebab teruja nak buat "Hearty Toast" dua tahun dulu.
Apa saya buat, saya linekan baking tray dengan menyapu unsalted butter. Kemudian saya letakkan Heart tu. Saya masukkan tauhu lenyek sebagai base, dan kemudian saya isi dengan cubed kecik puree tu semua. Toping atas saya letak mashed potato+keledek. Saya bakar dalam 15 minit. Ni second attempt, 1st attempt atas agak garing Mimi suka juga tapi untuk baby biarlah dia garing sikit je kan?
Saya angkat ke pinggan menggunakan sudip or spatula - memang tauhu ada lekat sedikit tapi tak banyak. Bila cetak dikeluarkan memang everything is hold together (remember untuk slowly guna knife untuk seperate tepi cetak tu dengan your baby Cottage pie or shepherd's pie).
Ini pandangan dari sisi.
dan ini pula cik kak saya yang tak kisah pun benda tu bentuk heart ke teddy bear ke...janji SODAP
ok..lepas ni kita cari baking dish kecik la sonang *haih sambil lap peluh*
Take it from this father yang sangat COOL dan CALM bila baby dia GAG.
Yes fear of choking is more of the reason kenapa most mothers are not ready to BLW. Lets discuss this further..
Bayi yang berusia enam bulan tidak akan tercekik pada makanan jari?
PENTING: Jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan semasa ia makan. Jika anda takut bayi tercekik, dan walaupun anda tidak, anda perlu mengambil kursus CPR untuk bayi.
Ramai ibu bapa mungkin berasa bimbang tentang BLW kerana mereka takut bayi mereka boleh tercekik jika diberi cebisan makanan yang besar. Kebanyakan kebimbangan bayi tercekik lahir daripada melihat bayi "gagging" (macam nak termuntah atau refleks lelucon). Namun adalah penting dan perlu diingat bahawa gagging tidak sama seperti tercekik. Walaupun agak menakutkan dan risau bagi orang dewasa untuk melihat, gagging jarang sekali membimbangkan dan berlakunya adalah perkara biasa semasa awal-awal memperkenalkan makan makanan pepejal. Kebanyakan bayi akan gag atau termuntah sebahagian besar makanan dan kemudiannya makan seperti tiada apa pernah berlaku.
Apakah perbezaan antara gagging dan tercekik?
Gagging adalah satu mekanisme keselamatan biologi yang menghalang kita dari tercekik. Refleksi nak termuntah ini adalah gerakan yang dicetuskan dalam usaha untuk mengusir makanan yang semakin terlalu dekat dengan saluran pernafasan jika ia terlalu besar untuk ditelan.
Tercekik berlaku apabila saluran udara bayi tiba-tiba sebahagian atau sepenuhnya tersekat dan bayi tidak boleh bernafas. Tanda-tanda tercekik pada bayi termasuk: nada lembut atau nada tinggi sambil cuba bernafas, bayi menjadi lemah, batuk yang inefektif, tidak boleh menangis atau tidak dapat membuat banyak bunyi, warna kulit kebiruan, kesukaran bernafas (tulang rusuk dan dada tarik masuk), dan kehilangan kesedaran jika yang tersumbat tidak keluarkan dengan segera. Bayi yang menangis dan / atau batuk yang kuat tidak tercekik sebenarnya, tetapi bayi yang berdiam diri atau bunyi berdehit pastinya membimbangkan.
Sumber :
Sources:
http://www.nhs.uk/chq/Pages/2301.aspx?CategoryID=72&SubCategoryID=72
http://health.nytimes.com/health/guides/injury/choking-infant-under-1-year/overview.html
Baby-led Weaning: Helping your baby to love good food by Gill Rapley and Tracey Murkett, 2008. Vermillion, London UK.
Apakah gagging dan mengapa ia berlaku begitu banyak di kalangan bayi?
Pada orang dewasa, refleks lelucon dicetuskan jauh di belakang leher kita dan sangat dekat pada saluran udara kita. Oleh itu, refleks lelucon orang dewasa apabila tercekik merupakan ancaman serta-merta. Walau bagaimanapun, bayi yang berusia kira-kira enam bulan, refleks lelucon dicetuskan lebih jauh ke hadapan di dalam mulut daripada orang dewasa atau kadang-kadang bayi yang besar, dengan itu membuatkan refleks lelucon pada bayi seawal usia 6 bulan lebih mudah untuk tercetuskan. Mana-mana makanan yang tak sesuai atau objek asing secara amnya lebih jauh dari saluran udara apabila bayi berusia enam bulan "gag" daripada orang dewasa. Oleh itu, apabila bayi enam atau tujuh bulan berusia kelihatan "gagging" ia tidak bermakna makanan yang terlalu dekat dengan saluran udara atau bayi tercekik.
Refleks lelucon atau gagging adalah salah satu mekanisme yang paling penting bagi keselamatan bayi yang perlu untuk melindungi mereka terhadap tercekik. Sebaik sahaja refleks ini telah tercetuskan beberapa kali, bayi belajar tidak meletakkan terlalu banyak makanan di dalam mulut dan tidak menolak ketulan besar makanan ke belakang tekak. Semakin hari dia membesar, refleks lelucon akan bergerak lagi dalam di mulutnya, membuat ia lebih sukar untuk "gag".
Sumber : Source: Baby-led Weaning: Helping your baby to love good food by Gill Rapley and Tracey Murkett, 2008. Vermillion, London UK.
Apa yang perlu saya lakukan apabila bayi saya gag?
Yang paling PENTING, adalah bertenang - gagging biasanya tidak membimbangkan. Apabila bayi anda gag, pasti dia duduk tegak jika dia tidak dalam posisi duduk tegak. Gosok belakang dia dengan lembut dan perhatikan dia dengan teliti, tetapi masih membenarkan dia berusaha dengan sendiri. Dia mungkin meludah sedikit sambil meluahkan makanan. Namum sesetengah bayi mempunyai refleks lelucon yang sangat sensitif. Jika selepas beberapa minit, dia masih menghadapi kesukaran, anda mungkin ingin perlahan-lahan menggunakan jari kecil anda untuk membantu mengeluarkan makanan yang tersekat tersebut. Selalunya ini tidak perlu, bagaimanapun refleks lelucon bayi anda berkemungkinan besar akan membuang sendiri makanan yang tersekat itu.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya fikir bayi saya adalah tercekik?
Kerosakan otak yang kekal boleh berlaku dalam masa 4 minit tanpa udara, oleh itu pertolongan cemas segera boleh menyelamatkan nyawa bayi anda. Cuba untuk mengusir objek yang pertama dengan lima (5) pukulan belakang. Jika objek masih menyekat saluran pernafasan selepas pukulan belakang, mulakan tusukan pada dada atau chest trust. Jika bayi anda dan biru, tidak bernafas, atau hilang kesedaran, manggil nombor kecemasan negara anda dan mulakan CPR bayi.
Arahan tidak boleh menggantikan amalan menyelamatkan nyawa yang akan anda dapati dari kursus CPR untuk bayi. Tetapi jika anda tidak dapat menghadiri kursus CPR, anda mungkin boleh belajar beberapa teknik menyelamatkan nyawa bayi anda dari laman web dan video berikut:
Playlist video dari The Pregnancy Show di YouTube. Playlist ini mempunyai empat video yang semuanya berkaitan dengan bayi tercekik: CPR untuk Bayi, Bayi Tercekik Bahagian 1, Bahagian Bayi Tercekik 2, Bahagian Bayi Tercekik 3. Senarai main kurang dari 15 minit.
Sumber:
http://health.nytimes.com/health/guides/injury/choking-infant-under-1-year/overview.html
Whaaaaaaaaaaaat??? French Toast??? Eggy Bread????? EGGS???
Are you sure????
OK sebelum semua orang jump the bandwagon, sila perhatikan photo saya di bawah ini CAREFULLY
I was given this INSTRUCTIONS when Mimi had her jab at 6 months - Untuk Menguji Alahan Sebelum Suntikan MMR (sumber: PPUM Klinik Immunisasi)
So at 8 months Mimi has already tried the kuning telur then the putih telur as well. So basically at 9 months dia dah GRADUATE with FLYING COLORS :)
Which means, she can have Eggy Toast and +1 menu for breakfast (tade la mommy dia pening kepala nak bagi makan apa kan for breakfast)
Obviously semua orang tahu kan camne nak buat Eggy Toast or French Toast?
...just crack a couple of eggs into a dish large enough for your bread, fling in the slices and then prick with a fork so that it better absorbs the egg. Once you are satisfied that the bread is suitably eggy, drop it into some warmed olive oil in a frying pan and fry it until golden-ish : http://www.babyledweaning.com/recipes/breakfast/french-toasteggy-bread/
Sometimes I used 1 teaspoon of ghee untuk bagi harum sikit and because ghee has a high smoking point (yes you can give ghee but only 2 teaspoon per day sahaja)
I've also found creative ways to incorporate prunes on her eggy toast (as usualy saya seorang mak yang suka anak ada healthy bowel movement and as you know TOAST is BRAT)
ahaa saya sembunyikan PRUNE!
ok di atas adalah Eggy Bread Mimi dan softly mashed Prune (Prune di rendam dalam air panas hingga soft - saya buat banyak sekali dan simpan dalam fridge)
Cara yang pertama, saya potong Eggy Bread kecik, snip tepi dia sikit dengan kitchen scissors dan masukkan kepingan prune
Cara yang kedua pula, saya lenyekkan lagi prune tu...sampai jadi seolah-olah macam jem dan sapukan
Selepas tu saya katup or lipat jadi separuh dan potong bite size
So kiranya macam ini Mimi's first jam he he he
Nak tahu kenapa susah payah buat camni? Sebab pada suatu hari Mimi protes! - picky eater mode ON. "I die die tak mo prune mommy katanya"
"DONWAN!"
Tapi Mommy lebih bijak *smile*
"Ape nih?? Benda BARU!"
"Mari kita cuba rasa...menarik"
"Another piece...ooo finger licking GOOD!!"
"Heh??? APA?? PRUNE???"
"Hehehe Mommy you're so smart :P Mimi tertipu laaaah!"
Ok. As mentioned, try Eggy Bread/French Toast if your baby dah graduate from the 1month rule step by step yang telah I bentangkan which I got from PPUM. The best way is to give it in the bubur FIRST. If everything is ok then Eggy Bread that is.
Eggy Bread is a good BLW recipe to try as well...I got ideas from here ;)
Saya peminat Masterchef tak kira dari Australia atau pun UK. Saya rasa setiap satu episod mesti ada mana-mana peserta yang membuat puree untuk dimakan bersama-sama pasta seperti ravioli and tortellini atau dengan daging dan sebagainya.
Tahukah anda bahawa puree bukanlah BABY FOOD semata-mata, tetapi sesiapa sahaja yang sudah biasa makan gourmett food akan tahu bahawa puree adalah sebahagian daripada hidangan tersebut.
contoh original resipi masterchef menggunakan puree
Maka dari situ saya mendapat idea menggunakan puree dan menghidangkannya bersama-sama pasta fusilli.
Mengapa saya guna fusilli adalah kerana, ini adalah antara pasta yang mudah dipegang oleh baby dan ia adalah antara pasta yang mampu menyerap kuah pasta dengan banyak.
Kombinasi sawi dan keledek pula yang terbaik kerana keledek oren mampu memberikan hidangan ini rasa manis yang akan cover rasa pahit sayur sawi. Ini adalah cara terbaik memperkenalkan sayur sawi pada bayi anda.
Rebus ayam dan 2 ulas bawang putih sehingga empuk. Kemudian masukkan keledek oren. Tunggu sehingga keledek empuk dan kemudian masukkan sayur sawi. Kisar kesemua bahan-bahan yang telah direbus ini menjadi puri
Menggunakan kuah stok tadi, rebus pasta fusilli di dalamnya sehingga pasta empuk dan lembik.
Cara menghidangkan :
Anda boleh menggunting fusilli menjadi lebih pendek untuk senang dimakan. Letakkan puree di atasnya. Untuk lebih enak, boleh tambah mozarella cheese yang telah di sagat.
Jika bayi tidak allergic bayam, boleh juga gantikan sawi dengan bayam.