04 October 2011

Stew Daging - 9 bulan ke atas


Saya ada siarkan resipi ini beberapa hari yang lepas, tapi sebagai easy reference saya rasa baik saya siarkan lagi sekali.

This resipi freezers well, so sesuai untuk bawak ke baby sitter or if you are traveling and ada microwave open. Saya sedang melihat alternatif terbaik buat Mimi bila kami travel end of this month.




Cuma apa yang mommies perlu buat ialah asingkan pasta dan kuah stew daging. Lebih senang sebab bila nak panaskan, cuma panaskan kuah stew daging dan kemudian masukkan pasta. Semasa mula-mula buat memang kuah dia banyak - you have to remember sebab you nak panaskan hidangan ni, you kena lebihkan kuah jadi bila panaskan nanti tak ada lah kering sangat. Babies generally dont like daging yang kering sangat - well same goes to mine as well.


Bahan-bahan untuk inti Stew Daging:
3 ulas bawang putih
1 setengah cawan daging
Setengah cawan carrot didadu
Setengah cawan kacang peas
1 sudu kecil rempah sup Mak Siti
2 sudu kecil tepung gandum/atta
2 sudu kecil butter atau sedikit olive oil untuk menumis

Cara-cara memasak inti Stew Daging :
Rebus daging dengan 5 cawan air sehingga empuk sedikit. Blender hingga daging lumat. Kemudian campurkan daging rebus yang hancur dengan tepung. Ketepikan
Bawang Putih dan Bawang Besar di cincang
Tumis bawang putih dengan 1 sudu butter
Masukkan daging dan tambah stok dari air rebusan tadi
Tambah satu sudu kecil rempah Mak Siti dan masukkan kacang peas.

Biarkan hingga kacang peas empuk dan lenyek-lenyekkan dengan pelenyek kentang.
Kemudian baru masukkan carrot.
Biarkan agak berkuah sedikit sebelum di simpan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...