22 October 2011

Ikea Meatballs Baby - 8 Months above


Ikea Meatballs yang tak macam Ikea Meatballs pun hahaha
Lebih macam otak Spiderman je kan? - terlalu 18SG kalau I kata meatballs otak spiderman so kita kaver-kaver la sikit dengan menamakan dia dengan nama yang elok-elok hehehe

Selepas melihat food diary Mimi, baru perasan dah beberapa hari dia tak makan daging. At this age sangat tak suka juga masak dan beri makan daging sebab kena standby food yang senang untuk buat daging tu digest macam peas, labu dan apple juice (fresh). Mimi fully BF so iron intake kena banyak. Ofkos Daging tinggi zat besi sebab itu baby makan susah nak poopoo kekadang ~ macam masa pregnant kan, disuruh ambik pil zat besi tu ada masanya susah nak poopoo kan?

He he he things happen for a reason...supaya experience mengajar kita *wink*
This meatballs is baby version sebab I tak goreng. Purely rebus. 


However stok agak "cair" sikit bila dibuat gravy. I would suggest kalau nak buat better if the stok a bit thick dan ada tulang-tulang (direbus agak lama) Ofkos tak sama nikmat dengan "pan drippings" punya gravy (minyak dripping selepas goreng steak) but baby is still to young so kalau nak kasi gravy pun moderate dahulu lah.


Seperti yang anda tahu from my posting about roux kalau nak brown gravy, roux kena di tumis lama sikit sampai jadi seolah-olah macam peanut butter. Selepas itu slowly masukkan stok daging atau rebusan air daging tadi. 


To get smooth gravy macam ni kena selalu kacau dan api kena kecil. Air rebusan juga kena panas. As usual saya tak letak garam untuk Mimi makan, hanya sedikit sahaja black pepper sebagai seasoning.


Lebihan daging yang sudah direbus tadi saya kisar dengan kacang peas yang sudah direbus. Kacang peas ditambah untuk memberi "body" pada texture daging selain membantu penghadaman daging lembu tersebut.


Saya  buat light mash potato - cuma mash dengan sedikit air rebusan kentang sahaja. Saya tak tambah butter or susu sebab sudah ada gravy (butter digunakan untuk membuat roux)


Alhamdulillah. Dari tak ada idea nak buat makan apa untuk Mimi, terus di berkhati idea yang bernas ni. I rasa if I ada anak lelaki mesti dia teruja hehehe - kebetulan I ambil peluang ini untuk gunakan bekas ala ""bento" yang cantik ni (hadiah dari Nestle sebenarnya - my daughter dapat dari her teacher - tak tahu kat mana dia dapat)



The meatballs pula "perfect". Boleh lebihan yang dikisar boleh disimpan dalam peti ais beku. Begitu juga the light mash potato. Kalau nak panaskan, saya rasa "kukus" balik sahaja sudah memadai.




Apapun Mimi masih lagi teruja dengan brokoli. Hobi terbaru - menyoyot brokoli floret untuk mendapat air rebusan. Jadi saya berikan juga sebagai side dish - selagi dia masih suka, bagi sahaja kan?


So lets rechap the resipi :

Bahan-bahan :

1 mangkuk daging lembu
Air untuk merebus daging

Kentang 1 biji besar
1/2 cawan kacang peas beku SIMPLOT (frozen peas)
1/2 cawan brokoli
Air untuk merebus kentang, kacang peas & brokoli

2 sudu besar butter (ghee lebih bagus)
2 sudu besar tepung

Cara penyediaan :
Daging direbus sehingga empuk.
Kisar hingga halus, tambah kacang peas dan air rebusan sedikit demi sedikit sehingga semua menjadi paste.
Buat bebola dan ketepikan.

Kentang direbus sehingga empuk dan dimash dengan air rebusan.
Brokoli direbus sekejap dan masukkan dalam air sejuk sebaik sahaja angkat. (untuk stop dia dari terlalu masak)

Cara penyediaan "roux" boleh refer sini - untuk gravy ini butter dan tepung perlu di masak sedikit lama dari biasa. Tambahkan kuah rebusan daging pada "roux" dan kacau supaya sekata.

Cara menghidang :
Bulat-bulatkan meatballs dan sediakand alam bekas makanan anak-anak. Letakkan brokoli rebus dan mash potato. Tuang gravy

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...