Saya pernah terbaca komen (not from our discussion group) yang kadang-kadang apa yang dimasak untuk baby tak menepati selera kita sebagai orang Malaysia. Ada betulnya juga sebab kebanyakkan website yang menyiarkan resipi untuk baby adalah orang barat yang makan makanan barat.
So saya take up the challenge untuk cuba olah resipi especially untuk sarapan pagi dan minum petang yang sesuai bukan sahaja untuk baby tetapi untuk perut kita orang Asia ;)
Mimi memang sukakan labu. Labu memang murah, RM2 sahaja untuk yang BESAR. Jadi untuk seminggu punya stok memang senantiasa ada. Selalunya Mimi sarapan labu rebus, kadang-kadang dia makan banyak, kadang-kadang sikit. Jadi untuk menu minum petang, saya teringat dekat Abah saya yang memang sukakan labu.
Seperti biasa untuk baby tak boleh la saya tambah directly gula ke dalam bingka. Santan pun tak boleh. Saya guna air sahaja - kalau ibu-ibu nak tambah EBM pun boleh.
Bahan-bahan :
1 biji telur Gred A
120 ml air atau susu atau susu ibu
1/2 cawan tepung
1/2 cawan Cerelec Oat Prune
300 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus
1 sudu besar butter
Cara-cara membuatnya:
Campurkan tepung dan cerelec bersama-sama air/susu.
Tambahkan 1 sudu besar butter
Tambahkan 1 biji telur
Kemudian tapis adunan
Masukkan labu yang telah dilecek halus
Tuang adunan ke dalam yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas.
Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20 minit.
Cocok ditengah-tengahnya dengan garfu utk pastikan bingka dah masak
Biarkan sejuk sebelum dipotong.
0 comments:
Post a Comment