23 October 2011
Fish & Chips - 10 bulan ke atas
Akhirnya seronok sebab Mimi finally boleh makan ikan. Kebetulan pulak Daddy dia beli ikan lidah atau Tongue Sole. Isi dia putih bersih.
Resipi untuk mak-mak ada di sini :
http://yokmakan.blogspot.com/2011/10/fayes-homemade-fish-chips-ikan-lidah.html
Sometimes kita kena alter sikit resipi supaya apa yang kita makan, baby pun makan sama. That way besok senang sikit dia nak adapt.
Batter Tepung Untuk Goreng Fillet :
Ikan Lidah perlulah di fillet. (caranya boleh refer sini)
Pukul telur putih dari satu biji telur size besar (gred A) hinga mengembang naik.
Perlahan-lahan campurkan tepung dalam 1/3 cawan
Masukkan susu dan kacau hingga sebati dan tiada ketulan.
Fillet ikan lidah saya "season" dengan lada hitam.
Panaskan minyak jagung atau canola di dalam kuali
Celupkan fillet ikan ke dalam adunan, satu keping pada satu-satu masa, dan goreng dalam minyak panas.
Goreng sehingga ikan kekuningan.
Toskan atas pengangkat dan juga kitchen tissue.
Of course untuk baby tak bolehlah deep fry...shallow fry. Semasa celup dalam batter tu jangan celup banyak sangat, agak-agak menutupi sudah. Sebab the more batter atas ikan tu, the more kena goreng. Tapi kalau nak lebih bagus, just bake je fillet sole tu macam tu sahaja :)
Mimi's batter tak ada susu - stok susu mak dia tak cukup so just bancuh pakai air sahja hehehe. But if sudah lebih setahun by all means boleh pakai susu full cream.
Mimi punya fries pula saya rebus bulat-bulat dan kemudian potong wedges. Yang ini memang sesuai untuk BLW. Saya selitkan juga brokoli kukus - somehow ni sayur favourite Mimi. Dia suka sangat sedut-sedut air dari florets brokoli tu.
Untuk idea-idea yang lainnya, bagi anak-anak yang lebih besar, fillet boleh digoreng seperti biasa dan dijadikan fish sandwich (seperti Fish O Fillet McDonalds)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wow...best betul ba ni farah..ni aku yg semgat mkn dr ank ni...
ReplyDeletekak farah... sgt inspired dengan cookings akak.. alhamdulillah pas go thru ur blog ira bersemangat nak msak. nampaknya percubaan utk bagi my lil hadif explore food berjaya dgn resepi2 akak tu. syukur sgt sbb dia picky eater. teruskan share pasal kids food ya...
ReplyDeleteThat's good to know Ira. Sudah semestinya menjadi ispirasi sy untuk terus mencari resipi2 yang menarik untuk dikongsi kan? THanks so much dear
ReplyDeleteTeruskan usaha anda as well ye.