"Tapi...did you notice, even Dato Seri pun ada put on weight sikit hehehe"
Saya senyum - meaning saya faham maksud dia. Pemikiran kita masih banyak yang perlu diubah dan tidak cukup dengan hanya "ubah tabiat pemakanan" sahaja.
The same with "Nasi Lemak tidak dibenarkan di jual di sekolah" kempen dan sebagainya. I rasa akar umbi dia pemakanan kita dari kecil lagi.
Ketika ini saya sedang mengikuti Dr. Alan Green dan membaca bukunya Feeding Baby Green.
Saya tertarik sungguh dengan kempen WhiteOut nya yang menyatakan :
Tidak hairanlah bahawa anak-anak terpaut dengan makanan ringan. Bagi 50 tahun yang lalu, majoriti bayi di Amerika Syarikat telah diberikan bijirin beras putih untuk makanan pepejal pertama mereka. Dari segi nutrisi, ia sama seperti tepung putih halus super.
"Selepas mengkaji isu ini untuk hampir sedekad, saya telah menjadi yakin bahawa bijirin beras putih untuk bayi yang diproses merupakan akar umbi wabak obesiti di kalangan kanak-kanak," Dr. Greene memberitahu ABC News. "Jika kita mahu menghidupkan perubahan, perkara yang pertama untuk perubahan ini adalah suapan pertama bayi."
Menurutnya lagi bijirin bayi biasanya diperbuat daripada beras putih yang diproses dan telah dilucutkan semua nutrien dan vitamin. Selepas ditelan, bijirin hampir serta-merta bertukar kepada gula.
"Memberi bayi anda satu sudu penuh bijirin beras putih seperti memberikan satu sudu gula," Green berkata.
Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Dr David Ludwig, director of the Optimal Weight for Life program di Children's Hospital Boston. "Beras putih dan beras putih dalam bentuk tepung bertukar menjadi gula di dalam badan hampir serta-merta dan menyebabkan peningkatan gula darah dan paras insulin secara pantas."
Ada juga pakar kesihatan holistik menyatakan sistem pencernaan bayi adalah sangat sensitif dan beras dan bijirin yang lain adalah sebahagian daripada makanan yang paling sukar untuk dihadam.
"Sains Nutrisi dan Pemakanan adalah lebih canggih daripada kembali pada hari," kata Jona Eastman. "Fikiran pada masa lalu berpendapat bayi memerlukan jumlah kalori yang besar dan mereka perlu dalam bentuk yang mudah dihadam."
Tetapi masalahnya, tidak semua bijirin mudah dihadam.
Tubuh memerlukan enzim yang dipanggil amilase, yang mana manusia tidak akan memulakan pengeluaran sehingga kira-kira berusia 2 tahun. Enzim ini diperlukan untuk memecahkan biji-bijian dan lain-lain karbohidrat kompleks.
Sejak bayi tidak menghasilkan enzim ini, ia sukar bagi mereka untuk mencerna biji-bijian, dan mereka boleh menjadi sembelit akibatnya (masih ingatkah BRAT diet?).
Eastman mengesyorkan - bayi bermula dengan mudah dan mudah dihadam jika disajikan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kita tidak memberi bijian dari selepas setahun setengah hingga dua tahun.
"Pada asasnya, gula ringkas dan karbohidrat dan nutrien dalam buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih mudah bagi bayi untuk menyerap dan memecahkan" katanya.
Beliau juga mengesyorkan menunggu sehingga enam bulan, berbanding empat bulan, mula makan makanan bayi pepejal, hanya kerana sistem penghadaman bayi belum matang pada empat bulan untuk mengendalikan pepejal.
Pengalaman saya sendiri semasa mengalami GDM (diabetes ketika mengandung) juga mengajar tentang peningkatan gula darah dan paras insulin secara pantas di dalam badan. Sebenarnya gula banyak bentuk dan karbohidrat bila dicerna akan menjadi gula di dalam badan. Semakin tinggi nilai Glycemix sesuatu karbohidrat semakin pantas peningkatan gula darah yang memerlukan paras insulin yang tinggi. Kita disarankan supaya maintain paras gula yang normal SETIAP MASA di dalam badan kita supaya badan tidak memaksa pankreas berkerja "secara berat dan terpaksa". Kerosakan pankreas inilah yang akan menyebabkan kencing manis di masa akan datang.
Berapa banyak GI dalam bijiran beras bayi segera?
- Farex baby rice, 7 g cereal with 80 g water = GI 91
- Basmati, white rice, organic, boiled 10 min (150g) = GI 57
- Jasmine Fragrant rice, white (2005) (SunRice brand, Product of Australia) (150g) = GI 89
- Oats, rolled, uncooked (Lowan's Whole Foods, Box Hill, Australia)(30g) = GI 59
- Porridge, made from rolled oats (250g) = GI 55
- Apple baby food(120g) = GI 46
- Potatoes boiled(150g) = GI 49
- Sweet potatoes boiled(150g) = GI 46
Sumber : http://www.glycemicindex.com/
http://www.livestrong.com/article/295025-the-glycemic-index-for-sweet-potatoes/
Jika di lihat di atas, ternyata adalah lebih baik kita memberi puri sahaja dahulu (tanpa campur beras)
Oh ya..satu lagi tentang nilai Glycemix ni, semakin tinggi nilainya, semakin cepat kita lapar.
SO, adalah satu "dogeng cinderella" ye puan-puan bila orang tegur kita bagi puree keledek sahaja dan baby cepat lapar. Sebenarnya bagi "tepung beras yang telah diproses" dalam kotak dan dilabel "bijiran untuk bayi" tu sahaja yang akan buat baby kita lebih cepat lapar ;)
Biarpun begitu, saya masih memberi Mimi bubur nasi putih (bukan yang dari KOTAK atau TIN, fresh) cuma tidak selalu. Yang "ruji" biasanya puri labu, keledek atau kentang
thanks 4 sharing kak. masa untuk berubah~
ReplyDeletethanks sgt2.. bergune sgt2 utk i yg br jadi mak ni.. org2 yg lbh berpengalaman ade suggest saye tuk bg tepung beras & utk perase die suh letak gule.. i x buat pon.. for me yg dh tau gule x bagus tuk baby.. so now i akan bg bubur nasi at least once a week kot.. and bagi puree je.. errmm mcm mane ngan baby snack? its ok or not.. i de try bg tp x slalu pon.. hope u blh bg details about this..
ReplyDeleteAqil mmg tak leh telan tol yang instant..dulu beli pon makan skali je...tu pon sebab urgent...tp mmg tekulat2 la die telan...pas bg homemade bubur...lggggggggggggggggggggg tak mkn...pening pale tokwan yg masih d belenggu dengan "style dulu2 bg mkn dlm tin je" tu....
ReplyDelete