Beberapa hari ini perasaan yang Mimi agak kurang berselera makan, tapi masih menyusu macam biasa. Kadang-kadang kalau tengah tumpu konsentrasi bermain, ada la jatuh "mutiara" barang sebutir dua (hehehe air liur mengencesh).
Tapi bila bagi yogurt (sejuk) laju sahaja dia makan - bubur hanya 3-4 sudu maksimum. Roti masih berselera. Susu ibu agak kerap juga bagi memandangkan dia kurang makan.
Kalau makan, lepas 4 5 sudu, dia p main sembur2 makanan tu.
Kalau nak habiskan bubur tu, kena bagi masa sampai sejam. itupun, tak habis sepenuhnya. risau gak.
Bila tengok dan check mulut...alamak baru perasan SET NO 3 dah mula menampakkan diri seolah-olah menolak kulit gusi...mesti sakit dan gatal kan?
Maknanya kena kerap bagi small bites walaupun waktu makan tak makan banyak dan yang penting keperluan mengikut pyramid makanan - cukup carbo, protein, vitamin dan minerals. Of course, bagi juga air masak yang banyak kalau boleh - asik terliur sahaja nak ganti cecair badan yang hilang.
good info...
ReplyDeleteptotla aqif xselera mkn sbb gigi tumbuh jgk rupany..sian ank mummy....
Thanks Sarah
ReplyDeleteIngatan juga la pada saya walaupun dah anak ketiga. Ini masanya nak kena sabar sikit semasa memberi dia makan