08 November 2011

Bubur Oatmeal Ayam, Labu Kuning dan Sawi - 7 Bulan Ke Atas



Sama konsep sahaja dengan  Bubur Oatmeal Daging, Kangkung dan Lobak Merah yang saya post sebelum ini menggunakan daging. Kali ini, saya guna ayam. Saya suka tambahkan sesuatu yang manis bila menjamu hidangan yang ada sayur hijau. Sekurang-kurangnya hilang rasa pahit sayur hijau tersebut - macam cuba motivasikan anak supaya makan sayuran hijau


OK, jom kita lihat bahan-bahan untuk Bubur Oatmeal Ayam, Labu Kuning dan Sawi

Bahan-bahan :
5 cawan stok ayam
(atau ambil 1 cawan ayam/tulang dan rebus dalam setengah litre air)
1 ulas bawang putih
2 hirisan halia
1 cawan labu kuning
segenggam sawi (boleh ganti dengan bak choi, sawi, bayam atau brokoli)
1 ke 2 cawan oatmeal

Cara Penyediaan:

Labu kuning di buang kulit dan potong dadu kecil.
Sawi di siang ambil daun sahaja dan dihiris halus.
Didihkan stok ayam.
Masukkan labu kuning dan hirisan sawi
Tunggu hingga masak sedikit

Untuk memasak oat adalah mengikut oat yang anda beli
  1. Jika guna Rolled Oats, sila BLEND dahulu sedikit kemudian masukkan dan masak selama 10 minit
  2. Jika guna Quick Cooking Oats, masukkan dan masak selama 3 minit
  3. Jika guna instant oat, pastikan sayur dan labu masak, masukkan dan kemudia tutup api dan kacau. 
Kacau dan masak bubur sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
Sila tambah stok ayam lagi jika masih terlalu pekat.
Jika mahu tambah isi ayam, saya nasihatkan para ibu untuk blend daging ayam sehingga menjadi puree dan kemudian tambah. Jika bayi masih suka puri pada stage ini, puri keseluruhan bubur.
Labu kuning boleh gantikan dengan keledek oren

Selamat mencuba!

1 comments:

  1. ni bukan baby je... org besar yg payah nak makan oat pun boleh try ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...