09 November 2011

Panduan Pemakanan Kanak-Kanak


Tumbesaran bayi pada tahun pertama berlaku dengan pantas. Oleh itu  tenaga (kilojoules) dan nutrisi yang banyak  diperlukan pada peringkat ini.  Bagimanapun, dalam proses pembesaran bayi anda, selera  makan mereka kadang-kadang sukar dijangka. Jumlah kuantiti pemakanan dan makanan kegemaran bayi mungkin berbeza. Ini adalah normal dalam proses pembesaran bayi anda.

“Weaning”
Pada peringkat ini, bayi anda akan mula diajar dengan makanan pejal, ataupun “weaning”, iaitu peralihan daripada minuman susu sahaja kepada pemakanan makanan pejal. Pada umur 12 bulan ke atas, bayi anda sudah bersedia untuk diberi makan makanan seisi keluarga.

Pengenalan makanan pejal pada umur 6 bulan
Susu ibu (atau susu formula) adalah makanan penting bagi bayi anda sehingga mereka berusia 12 bulan. Makanan pejal haruslah diberikan pada peringkat usia yang sesuai. Bila bayi anda berumur 6 bulan, kandungan zat besi bagi bayi anda adalah agak rendah, dan makanan tambahan diperlukan untuk mengelakkan masalah kekurangan zat besi bayi anda. Mulakanlah memberi makanan pejal kepada bayi anda apabila mereka berusia 6 bulan – bergantung kepada perkembangan bayi anda.

Memberi makanan pejal terlalu awal (bayi berusia kurang 6 bulan)
Bayi seharusnya diberikan susu ibu (atau susu formula) sehingga mereka bersedia untuk makan makanan pejal. Ada dikalangan ibubapa yang mula memberi makanan pejal kepada bayi mereka seawal usia 4 bulan, dengan harapan agar bayi mereka akan cepat kenyang, membesar dengan cepat and tidur dengan selesa. Namun, disebaliknya terdapat beberapa kemungkinan masalah yang akan berlaku kepada bayi ini seperti:
  1. Peningkatan alahan makanan (bayi belum bersedia untuk menerima  makanan pejal)
  2. Tumbesaran bayi terbantut, sekiranya susuibu/susu formula (diganti dengan makanan pejal)
  3. Diarrhoae (sembelit) kerana makanan pejal tidak dapat dihadam dengan sempurna.

Jangan terlalu melambatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi
Adalah penting untuk tidak melambat-lambatkan pengenalan makanan pejal kepada bayi, di mana ia akan mengakibatkan kepada:
  1. Proses tumbesaran terbantut kerana kekurangan tenaga
  2. Anaemia (kekurangan zat besi dalam kandungan darah)
  3. Masalah untuk makan, terutamanya bagi bayi yang berusia 7-9 bulan yang masih belum diberi makanan pejal.

    Panduan bahawa bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal
    Terdapat beberapa tanda bahawa bayi anda sudah bersedia untuk mencuba makanan baru, apabila bayi anda memerlukan kandungan nutrisi yang terdapat di dalam makanan pejal, iaitu:
    1. Memerhati kepada makanan dipersekitarannya
    2. Meletakkan jari di dalam mulut mereka
    3. Membuka mulut (nganga) apabila cuba diberi makan
    4. Kebolehan menggerakkan lidah atas dan bawah
    5. Mencuba untuk mencapai sudu atau makanan

      Kebolehan memakan
      Apabila bayi anda berusia 9-12 bulan, bayi anda sudah mempunyai beberapa kemahiran pemakanan termasuklah:
      1. Menunjukkan minat untuk makan sendiri
      2. Kebolehan untuk mengunyah makanan
      3. Kebolehan menggunakan pinggan untuk makan
      4. Makan dengan  bebas dengan sedikit bantuan oleh ibubapa

        Persediaan fizikal untuk makanan pejal
        Proses pembesaran anggota fizikal badan bayi anda berkembang dengan pesat  apabila bayi mencecah usia 4-6 bulan. Ini menunjukkan tubuh badan bayi anda sudah bersedia untuk makanan pejal, di mana proses ini termasuklah:
        1. Sistem penghadaman – enzim penghadaman membantu menghadam makanan pejal
        2. Sistem immunisasi – sistem pertahanan badan mula berkembang
        3. Mulut dan lidah – bayi anda sudah mula boleh memasukkan makanan di dalam mulut dan menelan dengan selamat.
        4. Kepala dan leher – bayi anda sudah mula mengimbangi kepala mereka (tegak) untuk proses menelan.
        5. Buah pinggang – buah pinggang bayi anda sudah mampu menampung  peningkatan cecair yang dihasilkan oleh pengambilan makanan tersebut.

        Tanda-tanda bayi anda kekenyangan
        Tanda-tanda bayi anda tidak minat kepada makanan atau sudah kekenyangan, bukan sahaja berlaku apabila bayi anda menutup mulut atau mengalih perhatian apabila diberi makanan, bahkan kadang-kadang bayi anda akan menangis atau menolak sudu makanan mereka.
        Sekiranya ini berlaku  pada kali pertama, ibubapa haruslah bertenang dan cuba lagi pada waktu yang lain.
        Ketika pertama kali memberi makanan pejal, kemungkinan bayi anda akan cuba memuntahkan makanan tersebut, lama-kelamaan bayi anda akan mula menelannya.
        Adalah penting bagi ibubapa untuk memastikan saat pemakanan mereka adalah menggembirakan.

        Panduan untuk memberi makanan pejal
        Jangan letak makanan pejal di dalam botol  Tetapi haruslah diberi dengan menggunakan sudu saiz kecil. Panduan pemakanan pejal adalah seperti:
        1. Tenang dan bersabar apabila memberi makanan pejal kepada bayi anda
        2. Pastikan bayi anda duduk dengan selesa
        3. Makan bersama dengan bayi anda
        4. Bersabar ketika memberi makanan kepada bayi anda
        5. Bersedia kerana bayi anda mungkin akan membuat selerak ketika proses belajar makan makanan pejal
        6. Sentiasa bersama bayi ketika makan untuk mengelakkan kemungkinan tercekik
        7. Cuba lagi sekiranya bayi anda menolak pada kali pertama
        8. Tunggu sehingga beberapa hari sebelum memberi makanan pejal baru.

          Cadangan makanan pejal pertama bayi
          Makanan pejal pertama boleh disediakan dengan mudah di rumah tanpa sebarang garam, perisa atau gula. Makanan tersebut hendaklah dilenyek dengan sempurna, tetapi anda mungkin menukarnya selepas beberapa bulan. Antaranya:
          1. Mulakan dengan memberi makanan sejenis sahaja
          2. Berikan bayi anda makanan cereal yang banyak mengandungi zat besi
          3. Kemudian, sayuran dan buah-buahan
          4. Berikan daging dan ayam bagi gayi berusia 7-8 bulan.
          5. Minuman susu bagi bayi berusia kurang 12 bulan adalah susuibu atau susu formula. Bagaimanapun, anda boleh juga memberi susu segar lembu, yogurt dan makanan cereal bagi bayi berusia 7-8 bulan
          6. Elakkan sebarang bentuk makanan keras seperti kacang atau bahagian sayuran keras, yang mana boleh mengakibatkan bayi tercekik
          7. Jus buah-buahan  citrus tidak sesuai untuk bayi

          Memperbagaikan Bentuk Pemakanan
          Makanan pejal bayi anda haruslah dilenyek dengan sempurna, disamping itu ianya boleh disediakan dalam perbagai bentuk pemakanan seperti:
          1. Makanan ‘finger food’ sepeti carrot yang dikukus..buah buahan kukus
          2. bagi satu sudu kecil untuk bayi gunakan sementara anda menyuapkannya makanan yang sama
          3. Galakkan bayi anda minum menggunakan cawan
          4. Ubah dari memberi puree kepada makanan lenyek
          setelah berusia 12 bulan ke atas bayi sudah bersedia untuk variasi makanan lain.


          Memperkenalkan susu lembu segar
          1. susu lembu segar bukanlah tandingan kepada susu ibu kerana mengandungi zat besi yang agak rendah, ia hanya boleh diberi kepada bayi setelah berusia lebih dari 12 bulan.
          2. Bawah usia 12 bulan hanya susu ibu yang sesuai untuk bayi(atau any formula yang parents dapati sesuai dengan anak)
          3. susu lembu mengandungi lebih protein, garam, pottasium, dan kalsium berbanding susu ibu yang mana ini akan memaksa buah pinggang bayi yang belum matang bekerja kuat..ini membahayakan bayi.
          4. susu lembu segar hanya boleh dicampur di dalam makanan bayi selepas bayi berusia 7 bulan dalam kuantiti sedikit atau berikan bayi yogurt
          5. susu bukanlah makanan utama jika bayi sudah berusia 1 tahun ke atas..kena bagi makan makanan lain seperti daging dan sebagainya.

          Makanan yang tidak sesuai bagi bayi bawah 12 bulan
          1. madu – risiko jangkitan kuman
          2. teh – memotong zat vitamin
          3. kekacang – masalah tercekik atau akahan
          4. makanan rendah lemak – kekutrangan nutrisi penting

          1 comments:

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...