22 September 2011

Whats Good For Breakfast When Baby Needs DETOX

Eh baby also need DETOX?

Ha ha ha yes. Selang 2 hari sekali I give her less BRAT dalam diet dia.
Apa tu BRAT?

Diet BRAT digunakan untuk rawatan cirit-cirit pada bayi kerana makanan ini sebenarnya memantapkan lagi kekerasan najis. Cara yang mudah dan semula jadi untuk meringankan sembelit bayi adalah untuk mengurangkan makanan yang menyumbang kepada keadaan tersebut

BRAT adalah untuk:

Bananas = pisang,
Rice = beras,
Applesauce = sos epal
Toast = roti bakar

Menambah lebih banyak serat dalam diet bayi boleh membantu. Cuba makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti:

  • aprikot
  • prun
  • pic
  • plum
  • pear
  • kacang peas
  • bayam
Jadinya untuk breakfast hari ini, Mimi mulakan dengan 2 biji prune, saya rendam dalam air panas dulu sehingga lembut. Dan potong panjang-panjang. Mimi biasa BLW jadi dia boleh makan sebagai finger food. Kalau baru pertama kali, saya suggest masukkan dalam puri dia (potong lebih kecil) sebab kalau blend agak melekit.


I also give her fresh blended apple juice. Jus epal juga mempunyai kesan julap yang ringan (mild laxative) yang boleh membantu memberikan kelegaan daripada sembelit. Biasanya saya blend 1 biji apple red delicious dengan 1 gelas air (sebab kandungan gula lebih tinggi - sebenarnya amount gula dan cecair dalam jus apple yang membantu memberi kelegaan)


Serat apple mengandungi pectin jadi kita kena buang. Ambil jusnya sahaja

Biasanya boleh kalau tak habis, saya letak dalam fridge boleh tahan sampai petang. Sebab it is fresh maka dia jadi gelap sikit due to oxidation not like juice yang kat luar tu.

Tapi bukan ini sahaja la saya bagi - saya bagi juga favourite dia...ini separuh dah tinggal ni, belum sempat ambik gambar dia dah terkinja-kinja mintak.

Mari kita tengok reaksi Mimi makan prune :




untuk more information :
http://wholesomebabyfood.momtastic.com/constip.htm

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...