Showing posts with label Resipi Keledek. Show all posts
Showing posts with label Resipi Keledek. Show all posts

18 November 2011

Soto Ayam Junior dgn Nasi Impit dan Begedil Keledek Brokoli - Resipi 10 bulan ke atas



Saya agak kelam-kabut hari ini kerana kakak pada Mimi ada acara di Hari Anugerah. Jadi saya perlukan resipi yang sudah prep awal-awal bila balik tinggal masak sikit-sikit dan DONE!

Sebagai orang Johor saya memang gemarkan SOTO dan memandangkan Mimi dah lama tak makan ayam, saya berani buat hari ini. Begedil Keledek dan Brokoli kerana selalu ingat pesan Mama saya - mesti ada sayur.




Selamat mencuba!



Begedil Keledek & Brokoli
Bahan-bahannya :
1 cawan setengah keledek
1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
4 kuntum besar brokoli
sedikit bawang holland dicincang
Sedikit minyak jagung atau minyak pure olive oil untuk menggoreng

Cara-cara membuat:

  1. Rebus atau kukus keledek sehingga empuk.
  2. Lenyekkan dan tambah 1 sudu tepung gandum dan 1 sudu tepung jagung
  3. Ambil florets sahaja dari 4 kuntum besar brokoli. 
  4. Guna gunting dapur supaya mudah.
  5. Taburkan di atas adunan
  6. Taburkan juga sedikit bawang holland yang sudah dicincang
  7. Gaul kesemua bahan
  8. Panaskan 1 sudu besar minyak ke dalam non stick pan.
  9. Basahkan tangan anda dan bentukkan begedil.
  10. Tangan yang basah memudahkan anda untuk handle dough yang agak lembik sedikit.
  11. Goreng seperti anda mengoreng french toast. 
  12. Biarkan sebelah masak betul2 sebelum di balikkan untuk elak begedil dari pecah
  13. Boleh di hidangkan dengan soto junior atau makan begitu sahaja


*Begedil keledek boleh dicampur jagung, carrot, sedikit daging cincang atau ayam rebus cincang untuk variety.
**Tambahkan sedikit tepung gandum jika masih lembik.



Nasi Impit
Bahan-bahannya:
1 cawan beras biasa
3 cawan air

Cara-cara membuat:

  1. Basuh beras dan masukkan air dan masak (dalam rice cooker pun boleh tp saya masak atas dapur sahaja)
  2. Setelah nasi masak masa panas2 tu tekan2 sikit senduk kayu sehingga nasi lembut. 
  3. Masukkan nasi tadi ke dalam mangkuk,dan tekan-tekankan nasi supaya mampat dengan belakang sudu 
  4. Setelah seduh sejukkan dlm peti sejuk 2-3 jam sebelum dipotong dan dihidangkan. 
*pakai sahaja nasi impint segera jika kesuntukan masa :)



Kuah Soto Ayam Junior
Bahan-bahannya:
1 cawan setengah daging ayam
1/2 biji bawang merah besar
3 biji bawang putih
sedikit jintan
sedikit ketumbar
3 biji kunyit hidup kecil atau 1 sudu serbuk kunyit
1 inci halia
1 batang serai
2 inci lengkuas
2 sudu minyak jagung atau pure olive oil
1 litre air
Sedikit hirisan daun bawang

Cara-cara membuatnya:
Kesemua bahan2 kecuali serai dan lengkuas di tumbuk lumat.
Serai dan lengkuas di titik
Daging ayam basuh dengan sedikit tepung jagung untuk buang bau hanyir. Bilas bersih.
Perap dengan bahan tumbuk selama sejam

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis ayam.
Masukkans setengah litre air.
Tutup periuk dan biarkan ayam empuk.
Keluarkan ayam dan carik-carik



Cara menghidang Soto Ayam Junior dgn Nasi Impit dan Begedil Keledek Brokoli ini :

  1. Nasi impit, kemudian lentak kuah. 
  2. Letakkan ayam yang sudah dicarik dan tabur sedikit daun bawang jika mahu.
  3. Sedap di makan dengan begedil keledek

Mari kita lihat apa kata QC saya Cik Mimi tentang "production" kami hari ini hehehe:

30 September 2011

Choq Keria Baby Yang Punya - Baby Led Weaning Resipi



Masih dalam mood - mencari yang asli. Mimi dah sebulan tak makan Farleys Rusk. Bukan tak mau bagi, tapi..hurmm ntah la. Besok besar pun mesti dia makan biscuit marie je kan? hehehe

So since ada lebih keledek dari buat Cottage Pie Made In Malaysia, apa kata kita buat kuih sikit untuk minum petang. Mimi makan pada pukul 12 jadi, minum petang dia dalam pukul 4pm dan selalunya itu untuk memberi laluan buat Mama dia prepare untuk dinner. 

Inspirasi? Saya dulu sekolah ambil Sains Rumahtangga. Abah saya mati-matian kata suruh masuk dan ambil jurusan tu dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3. Nasib baik saya ikut cakap dia - dalam terpaksa huhuhu

Itulah buku resipi yang sekarang harta paling berharga buat saya. Semua resipi traditional kita ada - termasuklah Choq Keria. 

Of course kalau untuk baby kenalah pakai tepung yang lebih berkhasiat, maka saya ambik sikit oat quick cook kakak dia punya dan saya dry blend. Nah...instant oat tepung 

Harus juga berterima kasih kepada Ella yang sudi beri inspirasi pada minum petang kita hehehe

I tak deep fry, cuma bakar so lebih keledek dari tepung dan takde gula. Untuk Mimi kan?
Tapi bila mak dia cicah gula...wooooo sedap hehehe

Bahan-bahan:
2 cawan ubi keledek oren yang direbus
1/2 cawan tepung oat quick cook 
Baking Paper yang disapu sedikit butter.

Cara-cara membuat :
Oat quick cook di kisar menjadi tepung.
Lenyekkan ubi keledek oren dan kemudian campurkan oat quick cook sikit demi sedikit sehingga anda mendapat dough yang senang dibentuk.
Letakkan di atas baking tray yang sudah dilapik baking paper. 
Bakar selama 15 minit atau hingga golden brown sedikit.
Sejukkan sebelum di hidangkan kepada bayi anda.

So - finger food yang lebih realistic kepada setting kita di Malaysia bukan? Lagipun ini makanan-makanan kita. Something baby akan lebih familiar and not biscuit Farley's Rusk cicah kopi O bila besar nanti hehehe


Jom tengok aksi Mimi minum petang 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Designed by The Single Momoirs