Showing posts with label Labu. Show all posts
Showing posts with label Labu. Show all posts

08 November 2011

Bubur Oatmeal Ayam, Labu Kuning dan Sawi - 7 Bulan Ke Atas



Sama konsep sahaja dengan  Bubur Oatmeal Daging, Kangkung dan Lobak Merah yang saya post sebelum ini menggunakan daging. Kali ini, saya guna ayam. Saya suka tambahkan sesuatu yang manis bila menjamu hidangan yang ada sayur hijau. Sekurang-kurangnya hilang rasa pahit sayur hijau tersebut - macam cuba motivasikan anak supaya makan sayuran hijau


OK, jom kita lihat bahan-bahan untuk Bubur Oatmeal Ayam, Labu Kuning dan Sawi

Bahan-bahan :
5 cawan stok ayam
(atau ambil 1 cawan ayam/tulang dan rebus dalam setengah litre air)
1 ulas bawang putih
2 hirisan halia
1 cawan labu kuning
segenggam sawi (boleh ganti dengan bak choi, sawi, bayam atau brokoli)
1 ke 2 cawan oatmeal

Cara Penyediaan:

Labu kuning di buang kulit dan potong dadu kecil.
Sawi di siang ambil daun sahaja dan dihiris halus.
Didihkan stok ayam.
Masukkan labu kuning dan hirisan sawi
Tunggu hingga masak sedikit

Untuk memasak oat adalah mengikut oat yang anda beli
  1. Jika guna Rolled Oats, sila BLEND dahulu sedikit kemudian masukkan dan masak selama 10 minit
  2. Jika guna Quick Cooking Oats, masukkan dan masak selama 3 minit
  3. Jika guna instant oat, pastikan sayur dan labu masak, masukkan dan kemudia tutup api dan kacau. 
Kacau dan masak bubur sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
Sila tambah stok ayam lagi jika masih terlalu pekat.
Jika mahu tambah isi ayam, saya nasihatkan para ibu untuk blend daging ayam sehingga menjadi puree dan kemudian tambah. Jika bayi masih suka puri pada stage ini, puri keseluruhan bubur.
Labu kuning boleh gantikan dengan keledek oren

Selamat mencuba!

04 October 2011

Mac & Cheese yang HEBAT - 9 bulan ke atas



Makanan ini layak sebagai "super" kerana labu adalah salah satu SuperFoods yang paling berkuasa ... sebenarnya, ia adalah salah satu makanan yang berharga yang paling berkhasiat di planet ini! Labu adalah penuh dengan vitamin, mineral dan fitonutrien, seperti alpha dan beta karotena, vitamin C, E dan kalium. Ia juga kaya, rasa semi-sweet (sedikit manis) yang kanak-kanak suka manakala warna oren boleh di "sembunyik" dalam sos keju.

Kali saya cuba guna tepung atta (wholewheat flour) sebagai ganti tepung biasa untuk cuba kurangkan penggunakan white bleached flour.

Untuk resipi saya, saya juga tambahkan parutan keledek, tapi ibu-ibu boleh gunakan labu sahaja jika mahu


Bahan-bahan:
1 cawan pasta fusilli
2 sudu makan unsalted butter
2 sudu makan. tepung attar
1 1 / 2 cawan susu (EBM atau susu tepung) panas
½ cawan labu
1 cawan keju cheddar parut ringan

Cara-cara:
Masak pasta dalam periuk besar air panas mengikut arahan pakej, kira-kira 8-9 minit. Ketepikan di dalam mangkuk besar dan potong kecil-kecil supaya mudah untuk bayi makan.

Mulakan membuat sos keju dengan cair mentega dengan api sederhana rendah dalam periuk.
Setelah benar-benar cair, tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan whisk untuk mengelakkan ketulan.
Masak campuran tepung dan mentega selama kira-kira 3 minit, tetapi jangan biarkan coklat.
Perlahan-lahan tambah susu; campuran dengan gerakan cepat sehingga bergabungkan.
Masukkan parutan labu.
Masak selama kira-kira 5 minit sehingga sos jadi pekat.
Angkat daripada api dan masukkan keju parutan, kacau sehingga keju cair dan sos lancar.

Dalam mangkuk besar, tuangkan sos keju ke atas pasta yang dimasak. Campuran sos dan pasta sehingga digabungkan. Campuran itu boleh hadir dan tebal sedikit tetapi pasta akan menyerap sos keju kerana ia duduk. Setelah sejuk, memancung sedikit dalam processer makanan untuk bayi kecil atau menyimpan keseluruhan untuk anak kecil. Hidangkan segera atau bersurai secara merata dalam dulang kiub ais (untuk bayi kecil) atau tin cupcake (untuk kanak-kanak) untuk membekukan.



Anda juga boleh tambah kacang pis hijau atau brokoli yang dicincang halus untuk menambah perisa dan vitamin.

Puri Labu - 6 bulan ke atas


Biasanya kalau saya serve puri labu adalah pada waktu breakfast. Ini kerana saya sendiri pun suka breakfast dengan "pengat labu bening" - cuba disebabkan Mimi makan bersama, saya tak masukkan gula pada awal-awal masakan.

Resipi ini sangat mudah. Basuh labu untuk buang kotoran tanah yang ada. Anda cuma perlu potong labu ikut banyak mana hendak di makan. Letakkan dalam periuk dan isi dengan air sekadar menutupi. Letakkan sehelai daun pandan. Harus ingat, kulit labu mestilah di bahagian bawah periuk ketika merebus supaya labu tidak hancur.

Keluarkan dan asingkan kuah dan labu untuk bayi. 

Untuk orang dewasa makan, setelah labu dikeluarkan seketika masukkan gula perang atau brown sugar ke dalam kuah dan letakkan secubit garam. Makan panas-panas - tentu SEGAR!!! 


03 October 2011

Bingka Labu Untuk Baby - 8 bulan ke atas

\
Saya pernah terbaca komen (not from our discussion group) yang kadang-kadang apa yang dimasak untuk baby tak menepati selera kita sebagai orang Malaysia. Ada betulnya juga sebab kebanyakkan website yang menyiarkan resipi untuk baby adalah orang barat yang makan makanan barat.


So saya take up the challenge untuk cuba olah resipi especially untuk sarapan pagi dan minum petang yang sesuai bukan sahaja untuk baby tetapi untuk perut kita orang Asia ;)


Mimi memang sukakan labu. Labu memang murah, RM2 sahaja untuk yang BESAR. Jadi untuk seminggu punya stok memang senantiasa ada. Selalunya Mimi sarapan labu rebus, kadang-kadang dia  makan banyak, kadang-kadang sikit. Jadi untuk menu minum petang, saya teringat dekat Abah saya yang memang sukakan labu.

Seperti biasa untuk baby tak boleh la saya tambah directly gula ke dalam bingka. Santan pun tak boleh. Saya guna air sahaja - kalau ibu-ibu nak tambah EBM pun boleh.

Bahan-bahan :
1 biji telur Gred A
120 ml air atau susu atau susu ibu
1/2 cawan tepung
1/2 cawan Cerelec Oat Prune
300 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus
1 sudu besar butter


Cara-cara membuatnya:
Campurkan tepung dan cerelec bersama-sama air/susu.
Tambahkan 1 sudu besar butter
Tambahkan 1 biji telur
Kemudian tapis adunan
Masukkan labu yang telah dilecek halus
Tuang adunan ke dalam yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas.
Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20 minit.
Cocok ditengah-tengahnya dengan garfu utk pastikan bingka dah masak
Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Designed by The Single Momoirs