Showing posts with label Puri. Show all posts
Showing posts with label Puri. Show all posts

28 September 2011

Baby's Cottage Pie Mimi - 9 bulan ke atas


Saya memang pengemar Cottage pie or shepherd's pie - lebih daripada lasagna :)

Cottage pie or shepherd's pie ni sebenarnya tidak memerlukan pastry crust - anda hanya perlukan a pie/casarole dish, di isi dengan lebihan beef stew dan anda apa sahaja yang sedap untuk ditambah selepas itu hehehe.
In early cookery books, the dish was a means of using leftover roasted meat of any kind, and the pie dish was lined with mashed potato as well as having a mashed potato crust on top - wikipedia
Saya dapat idea membuat versi Cottage Pie saya sendiri daripada resipi Mini Cottage Pie oleh Annabel Karmel. Namun disebabkan saya punya oven+microwave sudah short dan saya tak dapat gunakan ramekin yang ada, a little bit of creativity doesn't hurt :) (ada oven toaster kecik with its own tray yang muat-muat untuk cookie cutter :P)



Ini betul-betul punya perah otak dan memang gunakan apa yang sedia ada. Disebelah kanan adalah tauhu yang sudah saya lenyek yang saya jadikan base (macam base untuk cheesecake tu). Mashed potato dan keledek putih untuk toping dan saya gunakan lebihan puree daging + prune dan puree carrot+apple yang frozen keras dicincang-cincang.

Cookie cutter bersize besar Heart tu saya beli di TESCO dulu sebab teruja nak buat "Hearty Toast" dua tahun dulu.

Apa saya buat, saya linekan baking tray dengan menyapu unsalted butter. Kemudian saya letakkan Heart tu. Saya masukkan tauhu lenyek sebagai base, dan kemudian saya isi dengan cubed kecik puree tu semua. Toping atas saya letak mashed potato+keledek. Saya bakar dalam 15 minit. Ni second attempt, 1st attempt atas agak garing Mimi suka juga tapi untuk baby biarlah dia garing sikit je kan?

Saya angkat ke pinggan menggunakan sudip or spatula - memang tauhu ada lekat sedikit tapi tak banyak. Bila cetak dikeluarkan memang everything is hold together (remember untuk slowly guna knife untuk seperate tepi cetak tu dengan your baby Cottage pie or shepherd's pie).

Ini pandangan dari sisi.


dan ini pula cik kak saya yang tak kisah pun benda tu bentuk heart ke teddy bear ke...janji SODAP


ok..lepas ni kita cari baking dish kecik la sonang *haih sambil lap peluh*

25 September 2011

Fusilli Pasta with Mustard Green, Chicken & Sweet Potato Puree - 8 Months above


Saya peminat Masterchef tak kira dari Australia atau pun UK. Saya rasa setiap satu episod mesti ada mana-mana peserta yang membuat puree untuk dimakan bersama-sama pasta seperti ravioli and tortellini atau dengan daging dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa puree bukanlah BABY FOOD semata-mata, tetapi sesiapa sahaja yang sudah biasa makan gourmett food akan tahu bahawa puree adalah sebahagian daripada hidangan tersebut.

contoh original resipi masterchef menggunakan puree
http://www.masterchef.com.au/baby-vegetables-with-carrot-puree-and-potato-crisp.pdf

Maka dari situ saya mendapat idea menggunakan puree dan menghidangkannya bersama-sama pasta fusilli.

Mengapa saya guna fusilli adalah kerana, ini adalah antara pasta yang mudah dipegang oleh baby dan ia adalah antara pasta yang mampu menyerap kuah pasta dengan banyak.

Kombinasi sawi dan keledek pula yang terbaik kerana keledek oren mampu memberikan hidangan ini rasa manis yang akan cover rasa pahit sayur sawi. Ini adalah cara terbaik memperkenalkan sayur sawi pada bayi anda.

Bahan-bahannya :

1 cawan daging ayam (bahagian dada)
1 cawan keledek oren
2 ulas bawang putih
segenggam sawi hijau
1 cawan pasta fusilli

Cara memasak :

Rebus ayam dan 2 ulas bawang putih sehingga empuk. Kemudian masukkan keledek oren. Tunggu sehingga keledek empuk dan kemudian masukkan sayur sawi. Kisar kesemua bahan-bahan yang telah direbus ini menjadi puri

Menggunakan kuah stok tadi, rebus pasta fusilli di dalamnya sehingga pasta empuk dan lembik.

Cara menghidangkan :

Anda boleh menggunting fusilli menjadi lebih pendek untuk senang dimakan. Letakkan puree di atasnya. Untuk lebih enak, boleh tambah mozarella cheese yang telah di sagat.


Jika bayi tidak allergic bayam, boleh juga gantikan sawi dengan bayam.

Mari kita lihat Mimi menikmati hidangan ini :

Selamat Mencuba!!





16 September 2011

Tolong, minggu depan anak saya mula makan!

Here are my personal choice untuk starter food kalau betul-betul tak pasti nak bagi apa on the 1st day.
  • Banana
  • Avocado
  • Pear
  • Sweet Potato
I started all my 3 babies on Pear. Why? Sebab "the four P's – prunes, pears, plums, and peaches – usually exert a laxative effect" (according to Dr, Sears). Sememangnya yang paling kita concern semasa cuba memberi baby first food is masalah "sembelit" atau constipation.

NOW - not all babies will like Pear as a first food, so you can try and give the other choices as well :)

So blender yang macamana I recommend? Of course kalau anda berada di US, my personal favourite is the Baby Bullet


my next favourite choice would be the Phillips Avent Steamer Blender - Senang dan Tak Messy


but you don't have to have semua expensive gadget untuk baby food, just a cheap blender will do.

Cara-cara membuat puri pear :

Pear of course - peel dahulu then cut wedges and cook in boiling water. Air jangan banyak, agak-agak sampai menutup pear-pear tu sahaja


Once dah soft (cook about 15 mins) masukkan dalam blender


dan blend sampai jadi puri


Selepas jadi puri, sila tapis kalau its a 1st TIME FOOD.


Sebab takut ada harsh partikel yang terikut sama (macam kulit ari yang keras)



Biasanya bila blender pear tak perlukan banyak air, so I serve air tu sebagai pencuci mulut. Lagipun bila dah rebus khasiat buah pear tu dah turun ke kuah rebusan pear.


Pastikan anda memilih masa yang TENANG untuk beri baby his/her first food. Jangan PAKSA kalau baby tak mahu atau cuma makan 2-3 sudu. Takut kita beri perspektif negatif pada pengalaman pertama bayi dengan makanan.

SO - GOOD LUCK!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Designed by The Single Momoirs