Showing posts with label Resipi untuk 7 Bulan Ke Atas. Show all posts
Showing posts with label Resipi untuk 7 Bulan Ke Atas. Show all posts

08 November 2011

Bubur Oatmeal Ayam, Labu Kuning dan Sawi - 7 Bulan Ke Atas



Sama konsep sahaja dengan  Bubur Oatmeal Daging, Kangkung dan Lobak Merah yang saya post sebelum ini menggunakan daging. Kali ini, saya guna ayam. Saya suka tambahkan sesuatu yang manis bila menjamu hidangan yang ada sayur hijau. Sekurang-kurangnya hilang rasa pahit sayur hijau tersebut - macam cuba motivasikan anak supaya makan sayuran hijau


OK, jom kita lihat bahan-bahan untuk Bubur Oatmeal Ayam, Labu Kuning dan Sawi

Bahan-bahan :
5 cawan stok ayam
(atau ambil 1 cawan ayam/tulang dan rebus dalam setengah litre air)
1 ulas bawang putih
2 hirisan halia
1 cawan labu kuning
segenggam sawi (boleh ganti dengan bak choi, sawi, bayam atau brokoli)
1 ke 2 cawan oatmeal

Cara Penyediaan:

Labu kuning di buang kulit dan potong dadu kecil.
Sawi di siang ambil daun sahaja dan dihiris halus.
Didihkan stok ayam.
Masukkan labu kuning dan hirisan sawi
Tunggu hingga masak sedikit

Untuk memasak oat adalah mengikut oat yang anda beli
  1. Jika guna Rolled Oats, sila BLEND dahulu sedikit kemudian masukkan dan masak selama 10 minit
  2. Jika guna Quick Cooking Oats, masukkan dan masak selama 3 minit
  3. Jika guna instant oat, pastikan sayur dan labu masak, masukkan dan kemudia tutup api dan kacau. 
Kacau dan masak bubur sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
Sila tambah stok ayam lagi jika masih terlalu pekat.
Jika mahu tambah isi ayam, saya nasihatkan para ibu untuk blend daging ayam sehingga menjadi puree dan kemudian tambah. Jika bayi masih suka puri pada stage ini, puri keseluruhan bubur.
Labu kuning boleh gantikan dengan keledek oren

Selamat mencuba!

Bubur Oatmeal Daging, Kangkung dan Lobak Merah - 7 Bulan Ke Atas


Minggu yang amat seronok kerana Mimi sudah semakin suka oatmeal. Haih, macamana la saya terlepas pandang - bukankah selera anak biasanya tak jauh dari selera mak dia sendiri hehehe



Ini memang cara saya makan oatmeal. Sebenarnya oatmeal dah jadi macam makanan ruji juga dalam rumah - I call it "Makan Oatmeal Gaya Orang Melayu". Dari blog saya yang satu lagi saya ada buat 3 entry macamana nak makan oatmeal dengan gaya yang berbeza hehehe



OK, jom kita lihat bahan-bahan untuk Bubur Oatmeal Daging, Kangkung dan Lobak Merah.

Bahan-bahan :
5 cawan stok daging
(atau ambil 1 cawan daging dan rebus dalam setengah litre air)
1 batang sederhana lobak merah
segenggam kangkung (boleh ganti dengan bak choi, sawi, bayam atau brokoli)
1 ke 2 cawan oatmeal

Cara Penyediaan:

Lobak merah di buang kulit dan potong dadu kecil.
Kangkung di siang ambil daun sahaja dan dihiris halus.
Didihkan stok daging.
Masukkan lobak merah dan tunggu hingga lobak empuk
Kemudian masukkan hirisan kangkung
Tunggu hingga kangkung masak sedikit

Untuk memasak oat adalah mengikut oat yang anda beli
  1. Jika guna Rolled Oats, sila BLEND dahulu sedikit kemudian masukkan dan masak selama 10 minit
  2. Jika guna Quick Cooking Oats, masukkan dan masak selama 3 minit
  3. Jika guna instant oat, pastikan sayur kangkung masak, masukkan dan kemudia tutup api dan kacau. 
Kacau dan masak bubur sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
Sila tambah stok daging jika masih terlalu pekat.
Jika mahu tambah isi daging, saya nasihatkan para ibu untuk blend daging rebus sehingga menjadi puree dan kemudian tambah. Jika bayi masih suka puri pada stage ini, puri keseluruhan bubur

Selamat mencuba!

06 October 2011

Bubur Lambuk Junior


Al kisah hari ini kakak request Mama dia buat bubur lambuk. Kalau ikutkan hati bila dah masak - saya memang suka masak sekali harung untuk si kecil Mimi sekali. Tapi bubur lambuk yang sedap berlemak semestinya ada santan. Boleh ke bagi baby santan?

Seperti biasa saya rujuk google dan ada pendapat mengatakan boleh dalam quantiti sedikit :
http://www.homemade-baby-food-recipes.com/can-babies-eat-coconut.html

Dan saya berani jugalah posting resipi ni sebab tengok Mimi pagi ini ok dan tak meragam, maknanya dia serasi dan ok dengan santan (tak sebu, kembung) jadi untuk mommies yang nak try resipi ni, harus ingat yang ia ikut keserasian anak-anak ye.

Resipi ini yang saya ubah hanya tidak masukkan garam, daripada resipi asal yang saya belajar dari ayah saya (sebab tiap-tiap tahun dia supervise orang masak bubur lambuk di masjid kampung saya hehehe)

Saya juga gunakan rempah Mak Siti (sup) sebab ia memang buat bubur harum with spices




Bubur Lambuk Junior
Bahan-Bahan:
1/2 cawan beras
1/4 cwn santan dari 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat sahaja
500gram daging
2 sudu kecil minyak sapi
1 sudu besar minyak
air

bahan tumbuk
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 sudu kecil rempah Mak Siti (sup)

1 biji kentang sederhana
1 biji keledek oren sederhana
1 biji carrot
1/4 cawan kacang peas


Cara:
Beras dibasuh (kalau nak cepat kisar sikit)
Carrot, keledek dan kentang potong dadu

Rebus dahulu daging sehingga empuk.
Air stok ketepikan.
Kisar halus daging yang direbus tadi (macam nak buat serunding).
Bawang besar, halia dan bawang putih di blend sampai halus atau ditumbuk.
Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
Masukkan kulit kayu manis dan bahan rempah mak siti.
Biarkan sehingga wangi.
Masukkan beras dan air stok daging serta daging kisar tadi.
Biarkan sehingga beras hancur.
Tambah air jika perlu.
Bila beras dah agak  pecah-pecah, masukkan kacang peas, carrot, keledek dan kentang
Tunggu sampai semua sayur-sayur tadi masak.
Masak sekejap
Kemudian tambah santan pekat.
Masak lagi sekejap.
Boleh hidangkan pada anak bila sudah sejuk.

Pastikan kacang peas dilenyek-lenyek sebelum disuap pada anak ye..selamat mencuba!

21 September 2011

Sup Ayam Bening dengan Sawi dan Carrot - 7 bulan ke atas

Sup ini memang simple dan mudah apatah lagi jika anda mahu memperkenalkan ayam. Tiada penggunaan minyak jadi ianya lebih sihat. Yang penting boleh dinikmati bersama-sama keluarga yang lain (cuba asingkan baby dan kita punya. Yang kita punya boleh lah tambah garam sedikit selepas itu)

Tambahan carrot membuatkan ianya manis dan bawang putih pula membuatkan ia bau wangi. Boleh tambah sedikit hirisan halia semasa merebus jika mahu.

Bahan-bahannya:
1 keping ayam (bahagian dada)
2 biji bawang putih
Air untuk merebus

Carrot dipotong dadu
Sawi dihiris halus (daun sahaja)

Cara membuatnaya:
Biasanya ayam saya suka rebus bersama-sama bawang putih yang dibasuh dan diketuk (kulit tidak dibuang).

Selepas Ayam empuk, saya angkat dan kuah sup saya tapis dan kemudian jerangkan lagi hingga mendidih. Saya kemudian tambah setengah biji bawang holland yang dihiris dan carrot yang dipotong dadu. Setelah carrot empuk saya masukkan pula sayur sawi (daun sahaja).

Untuk lebih sedap boleh juga tambahkan bay leave.

Untuk variasi boleh digunakan dengan menambah makaroni, taufu lembut, lobak putih atau labu manis


selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Designed by The Single Momoirs