18 November 2011

Soto Ayam Junior dgn Nasi Impit dan Begedil Keledek Brokoli - Resipi 10 bulan ke atas



Saya agak kelam-kabut hari ini kerana kakak pada Mimi ada acara di Hari Anugerah. Jadi saya perlukan resipi yang sudah prep awal-awal bila balik tinggal masak sikit-sikit dan DONE!

Sebagai orang Johor saya memang gemarkan SOTO dan memandangkan Mimi dah lama tak makan ayam, saya berani buat hari ini. Begedil Keledek dan Brokoli kerana selalu ingat pesan Mama saya - mesti ada sayur.




Selamat mencuba!



Begedil Keledek & Brokoli
Bahan-bahannya :
1 cawan setengah keledek
1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
4 kuntum besar brokoli
sedikit bawang holland dicincang
Sedikit minyak jagung atau minyak pure olive oil untuk menggoreng

Cara-cara membuat:

  1. Rebus atau kukus keledek sehingga empuk.
  2. Lenyekkan dan tambah 1 sudu tepung gandum dan 1 sudu tepung jagung
  3. Ambil florets sahaja dari 4 kuntum besar brokoli. 
  4. Guna gunting dapur supaya mudah.
  5. Taburkan di atas adunan
  6. Taburkan juga sedikit bawang holland yang sudah dicincang
  7. Gaul kesemua bahan
  8. Panaskan 1 sudu besar minyak ke dalam non stick pan.
  9. Basahkan tangan anda dan bentukkan begedil.
  10. Tangan yang basah memudahkan anda untuk handle dough yang agak lembik sedikit.
  11. Goreng seperti anda mengoreng french toast. 
  12. Biarkan sebelah masak betul2 sebelum di balikkan untuk elak begedil dari pecah
  13. Boleh di hidangkan dengan soto junior atau makan begitu sahaja


*Begedil keledek boleh dicampur jagung, carrot, sedikit daging cincang atau ayam rebus cincang untuk variety.
**Tambahkan sedikit tepung gandum jika masih lembik.



Nasi Impit
Bahan-bahannya:
1 cawan beras biasa
3 cawan air

Cara-cara membuat:

  1. Basuh beras dan masukkan air dan masak (dalam rice cooker pun boleh tp saya masak atas dapur sahaja)
  2. Setelah nasi masak masa panas2 tu tekan2 sikit senduk kayu sehingga nasi lembut. 
  3. Masukkan nasi tadi ke dalam mangkuk,dan tekan-tekankan nasi supaya mampat dengan belakang sudu 
  4. Setelah seduh sejukkan dlm peti sejuk 2-3 jam sebelum dipotong dan dihidangkan. 
*pakai sahaja nasi impint segera jika kesuntukan masa :)



Kuah Soto Ayam Junior
Bahan-bahannya:
1 cawan setengah daging ayam
1/2 biji bawang merah besar
3 biji bawang putih
sedikit jintan
sedikit ketumbar
3 biji kunyit hidup kecil atau 1 sudu serbuk kunyit
1 inci halia
1 batang serai
2 inci lengkuas
2 sudu minyak jagung atau pure olive oil
1 litre air
Sedikit hirisan daun bawang

Cara-cara membuatnya:
Kesemua bahan2 kecuali serai dan lengkuas di tumbuk lumat.
Serai dan lengkuas di titik
Daging ayam basuh dengan sedikit tepung jagung untuk buang bau hanyir. Bilas bersih.
Perap dengan bahan tumbuk selama sejam

Panaskan minyak dalam periuk dan tumis ayam.
Masukkans setengah litre air.
Tutup periuk dan biarkan ayam empuk.
Keluarkan ayam dan carik-carik



Cara menghidang Soto Ayam Junior dgn Nasi Impit dan Begedil Keledek Brokoli ini :

  1. Nasi impit, kemudian lentak kuah. 
  2. Letakkan ayam yang sudah dicarik dan tabur sedikit daun bawang jika mahu.
  3. Sedap di makan dengan begedil keledek

Mari kita lihat apa kata QC saya Cik Mimi tentang "production" kami hari ini hehehe:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...