04 October 2011

Labu ooo Labu...


Saya memang dibesarkan dalam keluarga yang SUKAKAN labu. Dari kecil sampailah ke dewasa, Mama saya selalu masak labu dalam pelbagai bentuk. Bila saya jadi seorang ibu, barulah saya faham kenapa Mama saya selalu bagi saya labu. Malah, kesihatan anak-anak saya yang jarang-jarang sakit dan demam menyebabkan saya yakin, memberi labu sebagai makanan asas adalah satu tindakan yang bijak.

Labu adalah salah satu buah yang mengandungi high antioxidant. Bayi kita sebenarnya kuat makan dan cepat membesar. Oleh kerana itu mereka menggunakan banyak oksigen untuk membakar makanan. Secara ringkasnya penggunaan oxigen yang banyak untuk pembesaran babies akan menyebabkan kerosakan kepada sel-sel dalam badan mereka (yang disebabkan oleh production of free radicals) ketika process tadi. Tambahan pula dengan peningkatan pencemaran di sekitar kita, sel-sel dalam badan boleh bertambah rosak sedikit demi sedikit. Antioxidant membantu untuk memperbaiki kerosakan sel-sel dalam badan, dan ianya juga adalah sumber untuk redegeneration tisu-tisu dalam badan.

Selain daripada itu jugak, labu sangat kaya dengan Potassium, protein dan zat besi. Selain itu ia juga kaya dengan Vitamin A, Vitamin C, Vitamin K, Folate (sangat penting semasa pregnancy), Niacin. Selain minerals likes potassium dan iron, Labu juga mengandungi Phosporus, Magnesium, Calcium, Sodium, dan sedikit zinc, manganese and copper.

Potassium sangat penting untuk tumbesaran badan sebab ianya dapat mengekalkan keseimbangan air di antara sel-sel dalam badan dan cecair dalam badan. Selalunya buah-buahan yang tinggi nilai potassium juga tinggi calories, tapi Labu sebenarnya tidak.

Sementara Niacin pula, atau nama lain nya vitamin B3, memb carbohydrates to ntu badan untuk menukarkan gula kepada glucose, yang badan kita guna untuk tenaga. Niacin juga membantu nervous system, sistem penghadaman dan membantu menyihatkan kulit, rambut dan mata.

Vitamin A, sangat baik untuk gigi, tulang dan tisu lembut dalam badan dan kulit. Tambahan lagi ianya juga membantu penglihatan yang baik. Vitamin A juga dipanggil Retinol kerana ia mengeluarkan pigment di dalam retina mata kita.

Labu yang low in fat, low in calories tapi tinggi serat, juga sangat bagus untuk kaum ibu yang ingin mengawal berat badan hehehe
.
Koleksi resipi saya menggunakan labu :

Begedil Labu Salmon
Puri Labu untuk Sarapan
Super Mac & Cheese 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...