16 September 2011

Baby Led Weaning - Pengalaman Saya dengan Baby Led Weaning



Saya harus berterima kasih pada Fara Kertina Waty Awang kerana memperkenalkan saya pada BLW. A'amelia atau Mimi anak ketiga saya yang fully BF sehingga usia 6 bulan sememangnya tidak gemar puri dan sangat independent.

Apa itu Baby Led Weaning?
Bertentangan dengan kepercayaan popular, tidak ada penyelidikan yang menyokong pandangan arus perdana semasa bahawa bayi perlu diasuh dengan purées sebagai makanan pertama. BLW membolehkan bayi menggunakan kebolehan semula jadi mereka untuk meneroka rasa, tekstur, warna dan bau. Ia menggalakkan kebebasan dan keyakinan dengan membenarkan mereka percubaan dengan makanan pada kadar pertumbuhan masing-masing dan membantu untuk membangunkan koordinasi mata tangan dan mengunyah (sensory motor development)

Dengan BLW bayi anda dibenarkan untuk memutuskan berapa banyak yang dia mahu makan, cara makan dan percubaan dengan segala-galanya pada kadar sendiri.

Menurut Gill Rapley & Tracey Murkett pengasas BLW, BLW merupakan pendekatan yang selamat, mudah dan menyeronokkan untuk memperkenalkan makanan pepejal pada bayi anda.

Mengapa saya pilih Baby Led Weaning?
Seperti juga Gill Rapley anak ketiga saya A'amelia tidak gemarkan puri. Percubaan pertama dengan puri pisang langsung terus ditolak, jadi selepas terdengar percubaan rakan saya Fara Kertina Waty untuk BLW bagi anak-anaknya saya terus sahaja mencuba. Apatah lagi saya sudah buntu kerana Mimi memang tidak gemarkan puri.

Adakah BLW untuk anak anda?
Pada pendapat saya, cuba puri untuk bulan pertama (6 months) untuk "jump-start" sistem penghadaman anak anda dan supaya perut tidak terkejut. Saya selalu ambil "sign" dari digestive system dia samada dia ok atau tidak (samada dia sembelit atau tidak) - contohnya saya pernah melenyekkan sahaja karot utk A'amelia tapi ternyata dia sembelit selepas itu jadi saya terus puri dan tapis. Mungkin sebab ada history allergy dalam family jadi saya masih mengikuti 4 day wait rule walaupun menggunakan BLW.

Tidak seperti anak kedua dan pertama saya,  Mimi tidak berapa gemarkan puri dan lebih suka mengutip makanannya sendiri. Saya ambil itu sebagai "cue" dia lebih gemarkan cara BLW. At the same time, tugas harian saya yang hectic (kerana juga menjaga anak kedua) dan sangat mencabar membuatkan saya seringkali rasa penat kerana terpaksa menyediakan 3 jenis makanan - untuk Mimi, untuk Syasya dan Aliya yang bersekolah dan untuk diri sendiri (saya sukakan makanan pedas yang mungkin tidak sesuai dengan anak-anak)

Pada pertengahan usia 7 bulan, saya sudah perlahan-lahan memperkenalkan BLW - makanan BLW pertama merupakan pear yang masak ranum. Seterusnya kentang, carrot, lobak putih, ayam, roti bakar dan apple yang agak masak. Bubur nasi saya sudah tidak puri serta tapis dan hanya biarkan ia masak sehingga hancur - malah A'amelia langsung rejek puri nasi yang saya beri.

Adakah BLW sesuai untuk anda?
Satu lagi faktor yang PENTING. Saya seorang full time housewife. Setiap yang ingin mengamalkan BLW perlu tahu bahawa anda perlu SABAR dan punya MASA TERLUANG YANG PANJANG untuk mengamalkannya. Anda juga perlu meluangkan masa untuk buat banyak self study di laman web dan forum BLW.

Rujukan :

  • http://www.babyledweaning.com/forum/index.php
  • http://www.baby-led.com/


1 comment:

  1. anak saya br masuk 6m..klu nak bg BLW nh..cth carrot or brocoli ke..kene rebus dulu ke mcm mane ye?

    ReplyDelete