15 September 2011

Masak Bening Carrot & Broccoli


Masakan Bening atau Masak Rebusan Air merupakan pilihan yang sihat lagi berkhasiat buat anak-anak kita terutama sekali bagi anak-anak di bawah umur 1 tahun.

Setelah anak-anak meningkat ke umur 8 bulan ke atas dan telah bersedia ke peringkat semi pepejal, anda bolehlah perkenalkan makanan tersebut tanpa perlu di puri dan ditapis. So I call this makanan graduate selepas puri

Cara memasak
Rebuskan air sebanyak separuh periuk bersaiz kecil (dalam 4 cawan air)
Jika ingin menggunakan ikan bilis, rendam semalaman. Kalau mahu menggunakan ayam atau daging, guna isi sahaja dan buang lemak dan kulit dan tulang.
Setelah air mendidih masukkan ikan bilis atau ayam atau daging bersama2 hirisan seulas bawang putih dan sedikit bawang besar jika mahu (takperlu banyak hanya utk tambah rasa sahaja)
*ikan bilis, ayam dan daging harus diberi mengikut kesesuaian peringkat umur iaitu 8 bulan ke atas

Selepas mendidih untuk seketika ini dinamakan STOK atau air rebusan sup yang boleh anda campur dengan macam2 sayur2an yang dipotong dadu seperti kentang, lobak putih, keledek, labu atau carrot, yang dihiris halus seperti sawi atau broccoli. Juga boleh tambahkan SOFT TOFU setelah SEMUA SAYUR MASAK.

PENTING : untuk menjaga kadar nutrisi sayur2an tersebut sayur yang keras dahulu baru masukkan sayur yang lembut (berdaun hijau)

Secara peribadi saya rasa jika anak2 sudah 8 bulan ke atas ini sangat sesuai sebagai menu harian dan anak2 tidak akan lagi makan-makanan puri kerana sudah melepasi "4 day wait rule" bagi setiap bahan2 yang digunakan.

Pastikan sayur2 keras seperti carrot contohnya mudah di kunyah dengan gusi. Pastikan ayam juga empuk dan dipotong dadu mengikut kesesuaian.

Sememangnya memperkenalkan makanan yang lebih berbentuk semi pepejal agak merunsingka kerana bagi sesetengah bayi,  ini kelihatan seperti terlalu rumit dan mereka akhirnya enggan makan makanan "lumpy" sama sekali.

Dalam keadaan ini, ia adalah SANGAT penting untuk tenang dan sabar.

Dalam kebanyakan kes, kebencian bayi anda pada makanan yang lebih bertekstur akan berkurangan seiring dengan kebolehan makan beliau. Tetapi dengan cuba untuk memaksa bayi anda makan makanan lumpy, atau memaparkan kebimbangan apabila dia enggan dia akan trauma pada wakt makan dan ini akan menimbulkan masalah.

Sesetengah ibu bapa melaporkan bahawa anak-anak mereka menjadi tidak menentu dan menjerit jika didudukkan pada kerusi tinggi mereka semata-mata jika mereka tahu mereka akan dibuat untuk makan sesuatu yang mereka langsung tidak mahu.

Ini adalah satu situasi yang anda mahu mengelakkan pada semua kos.

Waktu makan seharusnya sesuatu yang menyeronokkan dan 2 oleh bayi - mewujudkan suasana yang menyenangkan di meja makan boleh memberi kesan yang besar pada pandangannya tentang waktu makan untuk masa yang lama akan datang.

Cara penyediaan bersama bubur nasi - gabungkan nasi dan masak bening sedikit demi sedikit dan di mash sebelum diberi pada bayi. Boleh selang-selikan dengan memberi sup pada bayi.









Mari kita lihat kesabaran saya melayan karenah Mimi dalam explorasinya terhadap makanan semi pepejal. Saya suka memberi dia ruang untuk "explore" pada akhir sessi pemakanannya
















Disebelah Mimi adalah "student saya yang telah graduate" - kakaknya Syasya (3 tahun) :D


2 comments:

  1. as salam.. saya harap sgt.. puan dpt bls... kalau bg dia pegang sendiri.. kalau dia tergigit besar.. dia xtertelan dan tercekik ke? risau.. tp teringin nk bg mcm ni..

    ReplyDelete