29 September 2011

Baby Chawanmushi - 9 bulan ke atas


Chawanmushi adalah makanan Jepun yang dibuat daripada campuran telur ayam dan dashi yang dikukus di dalam mangkuk. Makanan ini dihidangkan bersama mangkuknya dan dimakan sebagai makanan pembuka selera.

Di dasar mangkuk diletakkan penyedap rasa seperti daun mitsuba, cendawan shiitake, biji ginkgo biloba yang sudah dikupas, kamaboko, udang, atau daging ayam. Campuran telur dan dashi dituangkan secara perlahan-lahan ke dalam mangkuk agar tidak terbentuk buih.


Cara membuat dan cara mengukus memerlukan perhatian di dalam Chawanmushi yang sudah masak tidak wujud buih. Telur dicampur dengan dashi dengan dikacau secara tidak berlebihan. Tutup kukusan dengan beralaskan kain dan harus direnggangkan sedikit sewaktu mengukus agar telur tidak menjadi terlalu keras.
Chawanmushi sudah terkenal di Jepun sejak zaman kuno. Makanan ini merupakan hidangan semua musim, dihidangkan secara sejuk ketika musim panas atau dihidangkan panas-panas ketika musim sejuk. Tekstur Chawanmushi yang lembut seperti puding kustard senang dimakan anak-anak dan orang tua.


Hampir dua minggu juga resipi ini bermain di kepala saya. Saya tahu original Chawanmushi menggunakan dashi sejenis air stock yang menggunakan rumpai laut dan hirisan ikan kering bonito atau skipjack tuna. Since tuna mempunyai level mercury yang tinggi dan rumpai laut mungkin akan menyebabkan alahan, maka saya terpaksa memikirkan alternatif lain.


Kebetulan ibu menghadiahkan buku resipi dari koleksinya - Eastern Vegetarian Cooking by Madhur Jaffery.
Saya kira, dia adalah antara chef yang pertama yang banyak memperkenalkan masakan Asia kepada masyarakat di United Kingdom.


Apa yang saya buat, setelah saya refer resipinya dan membaca sedikit sebanyak pengenalan kepada Chawanmushi - saya rasa confident untuk mencuba FUSION saya sendiri semalam.

Instead of Dashi, yang merupakan stok, saya buat stok ayam sendiri -
1 keping dada ayam direbus bersama-sama 2 ulas bawang putih

Saya tidak letakkan cendawan dan hanya letakkan cebisan ayam (yang telah direbus tadi) dan topping saya letak chives (daun bawang) dan hirisan lobak merah (carrot)

Soft tofu ditambah sebab Mimi masih sebulan katam telur sepenuhnya. Jadi saya tak nak dia terlalu banyak makan telur. Soft tofu ini akan memberi kepekatan dan "hold" chawanmushi saya ini

Maka lahirlah Chawanmushi versi saya untuk baby :)

Bahan-bahan:
1 biji telur
5 fl oz stock ayam homemade
2 sudu besar soft tofu (diblend halus)
sedikit cebisan ayam
hirisan daun bawang dan carrot sagat sebagai hiasan (optional)

Cara membuatnya:
Pukul telur perlahan-lahan jangan sampai banyak buih. Masukkan stock ayam (yang telah sejuk dan seduh) dan soft tofu yang telah diblend halus.
Masukkan carikkan ayam sedikit di bawah  ramiquin atau bekas ceramic tahan panas.
Cawan atau bekas plastic yang boleh di masukkan microwave juga boleh.
Masukkan bancuhan telur ke dalam ramiquin.
Kukus dengan api sederhana selama 13 minit. Tambahkan masa jika masih perlu.
Pastikan tiada titisan air yang masuk ke dalam bekas - saya menggunakan bekas double boiler untuk mengelakkan ini berlaku.

Sebelum dihidang boleh la tambah hirisan daun bawang dan carrot sagot.

Menu hari ini di hidangkan bersama-sama ketulan keledek oren rebus yang di potong cube (untuk kanji - baby tak perlu makan nasi selalu) dan sup kacang peas.

Bekas saya kecil, jadi saya masukkan ke dalam bekas agar-agar tahan microwave untuk batch kedua - saya sejukkan dan menjadi pencuci mulut pada waktu malam :D

Chawanmushi ideal untuk semua waktu, baik sarapan, makan tengahari dan makan malam dan saya fikir mudah untuk di bawak ke rumah pengasuh : )

Saya terkejut juga sebab Mimi suka, as with any new recipes, memang akan ada set back (dia tak suka) malah malamnya dia kepak-kepakkan tangan mungkin kerana saya kurang laju menyuapnya hehehe





Selamat mencuba!

*Pastikan bayi anda tiada alahan pada telur semasa mencuba resipi ini. Sila rujuk pengenalan telur secara berperingkat di sini SEBELUM MENCUBANYA. Penulis merujuk disclaimer sekiranya sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku. 

No comments:

Post a Comment