07 November 2011

Nasi Daging Masam Manis - Resipi 8 Bulan Ke Atas



Ni sebagai preparation la since dah tahu mesti banyak dapat daging selepas ni kan hehehe
Jadi nak mengosongkan freezer, saya pakai stok daging yang ada. Isi daging tak banyak tapi kalau nak tambah pun boleh. Saya sengaja tambahkan kismis dan carrot untuk rasa manis. Kacang peas seperti biasa, supaya baby senang hadam bila makan daging.


Bahan - Bahan :
1 genggam beras (dibasuh dan toskan air)
1/4 cawan kacang peas
1/4 cawan carrot di dadu kecil
1/4 cawan kismis hitam
1/4 cawan tomato
sedikit hirisan halia
1 biji bawang besar holland

6 cawan stok daging
(jika ada isi daging - dikisar)

Cara membuat :
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam periuk.
Masak sehingga nasi tanah mengikut konsistensi yang dikehendaki (tambahkan lagi stok jika masih terlalu keras untuk baby)

Boleh juga dipuri jika baby tidak suka makan lembik dan kasar





No comments:

Post a Comment