08 November 2011

Bubur Oatmeal Daging, Kangkung dan Lobak Merah - 7 Bulan Ke Atas


Minggu yang amat seronok kerana Mimi sudah semakin suka oatmeal. Haih, macamana la saya terlepas pandang - bukankah selera anak biasanya tak jauh dari selera mak dia sendiri hehehe



Ini memang cara saya makan oatmeal. Sebenarnya oatmeal dah jadi macam makanan ruji juga dalam rumah - I call it "Makan Oatmeal Gaya Orang Melayu". Dari blog saya yang satu lagi saya ada buat 3 entry macamana nak makan oatmeal dengan gaya yang berbeza hehehe



OK, jom kita lihat bahan-bahan untuk Bubur Oatmeal Daging, Kangkung dan Lobak Merah.

Bahan-bahan :
5 cawan stok daging
(atau ambil 1 cawan daging dan rebus dalam setengah litre air)
1 batang sederhana lobak merah
segenggam kangkung (boleh ganti dengan bak choi, sawi, bayam atau brokoli)
1 ke 2 cawan oatmeal

Cara Penyediaan:

Lobak merah di buang kulit dan potong dadu kecil.
Kangkung di siang ambil daun sahaja dan dihiris halus.
Didihkan stok daging.
Masukkan lobak merah dan tunggu hingga lobak empuk
Kemudian masukkan hirisan kangkung
Tunggu hingga kangkung masak sedikit

Untuk memasak oat adalah mengikut oat yang anda beli
  1. Jika guna Rolled Oats, sila BLEND dahulu sedikit kemudian masukkan dan masak selama 10 minit
  2. Jika guna Quick Cooking Oats, masukkan dan masak selama 3 minit
  3. Jika guna instant oat, pastikan sayur kangkung masak, masukkan dan kemudia tutup api dan kacau. 
Kacau dan masak bubur sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
Sila tambah stok daging jika masih terlalu pekat.
Jika mahu tambah isi daging, saya nasihatkan para ibu untuk blend daging rebus sehingga menjadi puree dan kemudian tambah. Jika bayi masih suka puri pada stage ini, puri keseluruhan bubur

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. kak nak try utk ank sy la...
    tk de idea nak wat oat utk dia...
    tq..
    singgah blog n follow u ye kak...

    ReplyDelete
  2. salam....sy nk tny....klo rolled oats tu x payah rendam ke mcm brown rice tuh? bole terus blend and masak terus eh?

    ReplyDelete