19 October 2011

Homemade Tanpa Bahan Awet - Siri Pertama : Stok Ayam Tanpa Minyak - 8 bulan ke atas

Jamie Oliver kata, "Stock is usually one of those things that even chefs don't have time for at home" tapi saya kata "perlu luangkan sedikit masa untuk membuat stok".

Stok Ayam ni kalau dah ada, boleh buat macam-macam - Nasi Ayam, Masakan Mee berkuah macam Mee Bandung dan juga clear soup. Of course untuk baby's first solid food, biasanya kalau kita ada stok ayam sendiri, lagi bagus. Macam-macam boleh buat - bubur ayam, chicken noodle soup, sup bening dan sebagainya.

Kebanyakkan sup herba kaum cina menggunakan stok ayam yang direneh sebegini.

Nak buat stok ayam tak perlukan banyak tenaga - hanya sedikit kebijaksanaan. Kadang-kadang untuk, contohnya hidangan Soto Ayam, untuk memaksimumkan flavour, saya lebih suka membeli beberapa keping bahagian dada, kaki ayam (dulu di pasar basah RM1 boleh dapat 1kg lebih!), leher dan 2 ekor rangka. Bukan sahaja menjimatkan daripada membeli seekor ayam, tapi rasanya lebih flavourful.

Begitu juga untuk kuah dalca kenduri kawin misalnya, tukang masak kampung saya suka masukkan leher ayam (bukan untuk dibuat makan pun, tapi sebagai memaksimumkan flavour).

Jika memilih untuk menambah kaki ayam, sup akan menjadi seperti jelly jika disejukkan. Kaki ayam tidak mempunyai otot yang sangat banyak, tetapi amat tinggi dalam kolagen, jadi mereka cenderung untuk menjadi seperti agar-agar, dengan tendon dan kulit menambah tekstur yang melekat. Kolagen yang tinggi, secara kebetulan, membuat kaki ayam ebenarnya hebat untuk kulit, rambut, dan kuku, jika diambil dalam kuantiti yang besar

Makanya, separuh ayam kecil sebegini bersama-sama rangka dan leher (dan kaki jika mahu) sudah cukup.

Bahan-bahannya :
Ayam (separuh ekor sahaja sudah cukup, lainnya rangka ayam, leher, kaki)
3 biji bawang putih
2 inci halia (yang tua biasanya lebih bagus)
sedikit tepung gandum untuk basuh ayam.

Cara membuatnya :

Ayam dibersihkan dan buang kulit dan lemak jika mahu (sup kurang berminyak jika sudah dibuang) Kelar bahagian sendi dan sedikit pada bahagian yang berisi daging (macam kelar-kelar ikan untuk masukkan rempah) Ini supaya ayam empuk sekata.


Macamana nak hilangkan hanyir?

Mudah sahaja - guna tepung gandum. Gaulkan sedikit bersama bahagian-bahagian ayam tadi bersama-sama air. Rendam sekejap dalam 5 minit.


Air yang berkeladak itu biasanya akan membawa bersama "bau hanyir" yang perlu hilang.


Petua ini boleh anda gunakan juga untuk daging dan udang. Pastikan anda cuci ayam bersih-bersih selepas itu dan lalukan bawah air mengalir untuk buang sisa tepung tu.


Masukkan ayam-ayam tadi ke dalam satu periuk sup besar dan isikan dengan air sampai menutupi ayam tersebut.


Seterusnya ketuk 2-3 biji bawang putih. Saya tidak buang kulitnya, hanya basuh bersih-bersih dan ketuk. Ini kerana saya tidak mahu rasa bawang putih yang "overpowering" - just mild and sweet. Masukkan juga beberapa hirisan halia.

Untuk anak kecil, saya tidak menggunakan apa-apa perisa dan garam. Cukup sahaja begini.


Setelah ayam empuk, keluarkan. Bahagian tulang (rangka) leher dan kaki (jika ada) saya tidak pakai (buang). Jangan rasa sayang sebab segala zat dan vitamin and all those flavoursome goodness ada di dalam stok. Tapiskan stok.

Biarkan sejuk selama kira-kira setengah jam, kemudian boleh masuk peti ais atau bekukan. Setelah stok sejuk, ia harus kelihatan jelas (clear) dan sedikit berwarna keemasan. Saya biasanya membahagikan ke dalam bekas plastik kecil dan membekukan. Ia boleh di simpan di dalam peti sejuk selama 4 hari dan di dalam peti beku (peti ais 2 pintu) selama 2-3 bulan.

Stok clear sebegini sudah tersedia untuk di buat apa sahaja buat si manja; Nasi Ayam, Bubur  Ayam, Sup Ayam, Chicken Noodle Soup dan sebagainya. Kalau ibu-ibu tak sempat sekalipun, cuma panaskan stok, masukkan sayur dan sudah menjadi lauk untuk dimakan bersama-sama bubur nasi/nasi. Ini cara pantas saya memasak sayur. Biasanya saya "campak"kan sahaja brokoli, carrot atau sawi. Kadang-kadang saya hanya masukkan carrot dan letak lada putih banyak-banyak dan hiaskan dengan hirisan daun bawang jika hari terlalu panas. Pantang di rumah saya, mesti ada soup.

Tapi ini hanya 1% daripada apa yang anda boleh buat dengan stok ayam ini. Its a soup base seperti kanvas putih - mommies semua hanya perlu "corakkan" sahaja.

5 comments: