04 October 2011

Puri Labu - 6 bulan ke atas


Biasanya kalau saya serve puri labu adalah pada waktu breakfast. Ini kerana saya sendiri pun suka breakfast dengan "pengat labu bening" - cuba disebabkan Mimi makan bersama, saya tak masukkan gula pada awal-awal masakan.

Resipi ini sangat mudah. Basuh labu untuk buang kotoran tanah yang ada. Anda cuma perlu potong labu ikut banyak mana hendak di makan. Letakkan dalam periuk dan isi dengan air sekadar menutupi. Letakkan sehelai daun pandan. Harus ingat, kulit labu mestilah di bahagian bawah periuk ketika merebus supaya labu tidak hancur.

Keluarkan dan asingkan kuah dan labu untuk bayi. 

Untuk orang dewasa makan, setelah labu dikeluarkan seketika masukkan gula perang atau brown sugar ke dalam kuah dan letakkan secubit garam. Makan panas-panas - tentu SEGAR!!! 


1 comment:

  1. farah..mertua ku jawa..sama cara dia masak dgn ko ba...now bila aku tgk mertua masak labu bersama kulit,automatik ingat ko..he..he..

    ReplyDelete