06 October 2011

Bubur Lambuk Junior


Al kisah hari ini kakak request Mama dia buat bubur lambuk. Kalau ikutkan hati bila dah masak - saya memang suka masak sekali harung untuk si kecil Mimi sekali. Tapi bubur lambuk yang sedap berlemak semestinya ada santan. Boleh ke bagi baby santan?

Seperti biasa saya rujuk google dan ada pendapat mengatakan boleh dalam quantiti sedikit :
http://www.homemade-baby-food-recipes.com/can-babies-eat-coconut.html

Dan saya berani jugalah posting resipi ni sebab tengok Mimi pagi ini ok dan tak meragam, maknanya dia serasi dan ok dengan santan (tak sebu, kembung) jadi untuk mommies yang nak try resipi ni, harus ingat yang ia ikut keserasian anak-anak ye.

Resipi ini yang saya ubah hanya tidak masukkan garam, daripada resipi asal yang saya belajar dari ayah saya (sebab tiap-tiap tahun dia supervise orang masak bubur lambuk di masjid kampung saya hehehe)

Saya juga gunakan rempah Mak Siti (sup) sebab ia memang buat bubur harum with spices




Bubur Lambuk Junior
Bahan-Bahan:
1/2 cawan beras
1/4 cwn santan dari 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat sahaja
500gram daging
2 sudu kecil minyak sapi
1 sudu besar minyak
air

bahan tumbuk
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 sudu kecil rempah Mak Siti (sup)

1 biji kentang sederhana
1 biji keledek oren sederhana
1 biji carrot
1/4 cawan kacang peas


Cara:
Beras dibasuh (kalau nak cepat kisar sikit)
Carrot, keledek dan kentang potong dadu

Rebus dahulu daging sehingga empuk.
Air stok ketepikan.
Kisar halus daging yang direbus tadi (macam nak buat serunding).
Bawang besar, halia dan bawang putih di blend sampai halus atau ditumbuk.
Panaskan minyak dan minyak sapi dan masukkan bahan tumbuk sehingga wangi dan garing.
Masukkan kulit kayu manis dan bahan rempah mak siti.
Biarkan sehingga wangi.
Masukkan beras dan air stok daging serta daging kisar tadi.
Biarkan sehingga beras hancur.
Tambah air jika perlu.
Bila beras dah agak  pecah-pecah, masukkan kacang peas, carrot, keledek dan kentang
Tunggu sampai semua sayur-sayur tadi masak.
Masak sekejap
Kemudian tambah santan pekat.
Masak lagi sekejap.
Boleh hidangkan pada anak bila sudah sejuk.

Pastikan kacang peas dilenyek-lenyek sebelum disuap pada anak ye..selamat mencuba!

1 comment:

  1. farah..he..he..saya selalu buat bubur lambuk versi malas..dimana rasa sama mcm bubur lambuk biasa menggunakan puree bubur kosong yg saya selalu frozenkan..
    nampak sedap betul nie ba..

    ReplyDelete