Showing posts with label Egg Recipes. Show all posts
Showing posts with label Egg Recipes. Show all posts

17 November 2011

Prince dan Princess Brokoli Carrot French Toast


Saya selalu percaya, setiap hidangan mesti ada karbohidrat, protein, vitamin dan minerals. Jadi penyediaan
French Toast pada waktu pagi senantiasa ada sedikit kelainan untuk anak-anak saya.

Cara penyembunyian sebegini sebenarnya galakkan mereka untuk makan sayur. Apatah lagi sayur hijau dan oren bila di tambah ke French Toast menjadikan ia "an array of wonderful colors" yang menarik.

Breakfast does not need be boring :)

Apa yang anda perlukan?
1 biji telur
2 keping roti
Cookie Cutter
Sedikit brokoli florets
Sedikit lobak merah disagat
Pure Olive Oil untuk menggoreng


Cara-cara membuat


Potong roti mengikut bentuk cookie cutter.
Sebaiknya gunakan cookie cutter yang menarik


Letakkan roti yang telah diterap mengikut bentuk cookie cutter ke dalam mangkuk.
Dalam satu mangkuk berlainan pecahkan sebiji telur dan kacau
Taburkan brokoli florets dan carrot yang di sagat.


Secara perlahan, tuangkan telur ke atas roti yang telah ditelah sayur-sayuran tersebut.
Setelah roti terendam sepenuhnya, angkat perlahan menggunakan garfu dan goreng dalam minyak yang sedikit sehingga garing.
Berhati-hati bila anda balikkan supaya sayur tidak bertaburan.


Yang sebelah itu Syasya yang letak jadi terikut telur banyak. Saya katakan itu Princess Brokoli Carrot French Toast dan sebelahnya adalah Prince Brokoli Carrot French Toast.

Have Fun dan selamat mencuba!

09 October 2011

Quiche - sembunyikan sayur dalam Pie - Resipi 10 Bulan ke atas


Saya cukup suka menyembunyikan sayur-sayuran ketika memasak untuk anak-anak saya. As usual, saya selalu mencari resipi BLW yang boleh dicuba dirumah untuk Mimi dengan memikirkan juga bahawa resipi tersebut boleh saya gunakan untuk hidangan kakak-kakak dan Daddynya juga.

Anak-anak saya memang sukakan cheese. Apa sahaja kalau boleh semua nak cheese. Maybe ini generasi cheese dan bukan belacan :P

Quiche (di sebut keesh) adalah open-faced pie yang mengandungi (biasanya) sayur-sayuran, keju dan daging, dimasak dalam bentuk kastard dalam sebuah pastry pie shell.

Saya follow resipi kat sini : http://www.babyledweaning.com/recipes/lunchdinner/rowans-mums-quiche/
tapi saya buat vegetarian

Resipi ini mengandungi TELUR - hanya sesuai untuk bayi yang tidak allergi pada telur, dairy food (keju) dan wheat atau gluten serta sudah lengkap mengikuti perkenalan pada
TELUR (rujuk http://foods4tots.blogspot.com/2011/09/vaksin-mmr-dan-telur-kenapa-perlu.html)
serta sudah lengkap pengenalan dengan tepung wholewheat dan dairy (4 day rule)
Pastikan bayi anda tiada alahan pada yang dinyatakan di atas semasa mencuba resipi ini. Penulis merujuk disclaimer sekiranya sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Bahan-bahan :
2oz mentega (butter)
2 oz tepung gandum
2 oz tepung atta (whole wheat)
1 cawan keju cheddar diparut
2 biji telur
1 cawan susu
Sayur-sayuran rawak untuk diisi (brokoli, kacang peas, parutan carrot atau labu...)

Saya buat shortcrust pastry ni biasanya kalau nak perfect..ikutlah cara Gordon Ramsey ni hehehe


Tapi kalau takde food processor, cara dia :
Potong-potong butter ke dalam tepung (saya gunakan butter knife)
Macam dalam gambar ni ada pemotong khas, tapi kena buat lebih kurang gitu lah.

source : http://culinaryarts.about.com/od/bakingdesserts/ss/pastrycut_5.htm

Kemudian, sejukkan jari-jari anda di dalam air berais. Lap. Dan "rub in" butter dengan tepung tu sampai jadi macam serbuk roti.


Lepas tu campurkan dengan sedikit air berais. Uli sedikit (saya pakai spoon yang di celup dalam air ais)
Tuang sikit air, campur, ulang sehingga mempunyai doh.


Lepas tu agak-agak dah campur semua baru keluarkan
Roll keluar doh dan sama ada boleh buat satu casing besar atau menggunakan muffin tray buat kecik-kecik

Since I ni extra creative I tak guna pun pie tray or muffin tray. Biarlah henyot-benyot, janji sedap huhuhu



Ok, lepas tu you kena BLIND BAKE kata orang.
Cucuk dasar casing tu dengan garpu untuk elakkan buih dan membakar pada suhu 200 darjah sehingga keemasan (kira-kira 15 minit untuk besar, 5-10 minit untuk kecil).

Cara nak isi filling :
Ada dua cara, cara pertama mengisi casing adalah dengan keju parut yang bercampur dengan apa jua sayur yang you nak. I letak parutan labu, kacang peas yang dah di rebus dan brokoli.

Pukul 2 telur dan 100ml susu/EBM dan curahkanlah di atas pie casing yang dah ada inti sehingga sampai ke atas.

Ada juga orang, dia campurkan semua dalam bekas dengan telur dan susu tu, lepas tu tuang (ni jadi macamni sebab anak saya yang no 2 terlebih creative dia pi campur semua huhuhu) Still ok *wink*


Masukkan kembali dalam oven sehingga perang keemasan kira-kira
20 minit untuk satu besar dan 5-10 lagi untuk kecil dan pisaukan keluar bersih (kalau dok dalam muffin tray).


Kalau buat kecik-kecik boleh freeze dan lepas tu panaskan dengan microwave.
Inti-inti lain yang boleh anda masukkan adalah ikan salmon dan bayam -
http://blog.homemade-baby-food-recipes.com/babys-tuna-and-spinach-quiche-a-veggie-packed-finger-food/


Cara saya serve pada Mimi, saya potong kecil-kecil dan bagi kat dia as finger food.


Kalau nak refer lebih lanjut, this is a good video on Quiche (yang ni untuk orang dewasa hehehe)


resipi versi orang dewasa saya di sini

30 September 2011

Vaksin MMR dan Telur : Kenapa perlu perkenalkan telur pada usia 8 bulan

Vaksin MMR adalah campuran daripada tiga jenis virus yang dilemahkan yang disuntik untuk imunisasi melawan demam campak , beguk dan rubela . MMR umumnya diberikan kepada anak-anak yang berumur 1 tahun dengan dos penguat diberikan sebelum memasuki umur sekolah (sekitar umur 4 atau 5). Di Amerika Syarikat, vaksin MMR diizinkan pada tahun 1963.


images from Google

Contohnya Vaksin MMR dijual oleh Serum Institute of India dengan Tresivac, dan sanofi pasteur dengan nama Trimovax

TRIMOVAX® adalah kombinasi
(1) virus campak atau Messels yang dilemahkan (strain Schwarz), yang di kembangkan pada sel embrio ayam,
(2) virus beguk atau Mumps (strain Urabe Am9), yang di biakkan dalam telur ayam, dan
(3) virus rubela (strain Wistar 27/3), yang dibiakkan pada sel diploid manusia.

Oleh sebab itu, setiap ibu yang mempunyai anak yang bakal melangkau 8 bulan akan diberi penerangan tentang bagaimana untuk mengelakkan sebarang komplikasi ketika MMR diberikan pada usia 1 tahun nanti.

Pihak PPUM akan memberikan MEMO tersebut pada check up baby pada usia 5 bulan. Menurut Memo tersebut :





  • Boleh dimulakan masa baby berusia antara 8 hingga 10 bulan
  • Beri anak makan KUNING TELUR 1 SUDU (SEPENUH MASAK) 1 hingga 2 kali seminggu
  • Jika berlaku kemerahan kulit di MULUT & BADAN ini tanda alahan dan hentikan makan telur untuk sementara waktu (seminggu SAHAJA)
  • Teruskan bagi makan kuning dan putih telur, lebihkan dari masa ke semasa. Seminggu 2 hingga 3 kali
  • Jika tiada alahan, means no problem esok masa di suntik at 12 months
  • Bagi mengelakkan sebarang komplikasi selepas suntikan nanti, adik akan dimasukkan dalam wad selama 6jam untuk diberi pemerhatian.

Cara I bagi Mimi :

8 Months
Week 1 - 1 kali 1 sudu besar KUNING sahaja masukkan dalam bubur dia
Week 2 - 2 kali 1 sudu besar KUNING sahaja masukkan dalam bubur dia
Week 3 - 1 kali dari biji KUNING sahaja masukkan dalam bubur dia
Week 4 - 2 kali dari 1 biji KUNING sahaja masukkan dalam bubur dia

9 Months
Week 1 - 1 kali dari 1 biji KUNING dan 1 sudu PUTIH telur masukkan dalam bubur dia atau eggy toast
Week 2 - 2 kali dari 1 biji KUNING dan 1 sudu PUTIH telur masukkan dalam bubur dia atau eggy toast
Week 3 - 1 kali 1 biji telur sebagai scramble egg atau eggy toast
Week 4 - 2 kali 1 biji telur  sebagai scramble egg atau eggy toast

Actually sometimes dalam kuih dan untuk eggy toast tu pun quantity telur ayam cuma dalam 1/2 biji jadi saya bagi juga sampai 2-3kali untuk biasakan dia.


Egg allergy boleh jadi serious kalau tak prepare oneself, like the memo says sesak nafas dan kebiruan. Sebab bila kita alami alahan badan kita termasuk salur pernafasan akan menjadi bengkak...tu yang jadi sesak nafas. So I take the Memo seriously and prepare my Mimi before dia turn 12 months :)

sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Vaksin_MMR dan Google

29 September 2011

Baby Chawanmushi - 9 bulan ke atas


Chawanmushi adalah makanan Jepun yang dibuat daripada campuran telur ayam dan dashi yang dikukus di dalam mangkuk. Makanan ini dihidangkan bersama mangkuknya dan dimakan sebagai makanan pembuka selera.

27 September 2011

Eggy Toast/French Toast - 9 bulan ke atas

Whaaaaaaaaaaaat??? French Toast??? Eggy Bread????? EGGS???

Are you sure????

OK sebelum semua orang jump the bandwagon, sila perhatikan photo saya di bawah ini CAREFULLY

I was given this INSTRUCTIONS when Mimi had her jab at 6 months - Untuk Menguji Alahan Sebelum Suntikan MMR (sumber: PPUM Klinik Immunisasi)


So at 8 months Mimi has already tried the kuning telur then the putih telur as well. So basically at 9 months dia dah GRADUATE with FLYING COLORS :)

Which means, she can have Eggy Toast and +1 menu for breakfast (tade la mommy dia pening kepala nak bagi makan apa kan for breakfast)

Obviously semua orang tahu kan camne nak buat Eggy Toast or French Toast?

...just crack a couple of eggs into a dish large enough for your bread, fling in the slices and then prick with a fork so that it better absorbs the egg. Once you are satisfied that the bread is suitably eggy, drop it into some warmed olive oil in a frying pan and fry it until golden-ish : 
http://www.babyledweaning.com/recipes/breakfast/french-toasteggy-bread/
Sometimes I used 1 teaspoon of ghee untuk bagi harum sikit and because ghee has a high smoking point (yes you can give ghee but only 2 teaspoon per day sahaja)

I've also found creative ways to incorporate prunes on her eggy toast (as usualy saya seorang mak yang suka anak ada healthy bowel movement and as you know TOAST is BRAT)

ahaa saya sembunyikan PRUNE!


ok di atas adalah Eggy Bread Mimi dan softly mashed Prune (Prune di rendam dalam air panas hingga soft - saya buat banyak sekali dan simpan dalam fridge)

Cara yang pertama, saya potong Eggy Bread kecik, snip tepi dia sikit dengan kitchen scissors dan masukkan kepingan prune



Cara yang kedua pula, saya lenyekkan lagi prune tu...sampai jadi seolah-olah macam jem dan sapukan

Selepas tu saya katup or lipat jadi separuh dan potong bite size


So kiranya macam ini Mimi's first jam he he he

Nak tahu kenapa susah payah buat camni? Sebab pada suatu hari Mimi protes! - picky eater mode ON. "I die die tak mo prune mommy katanya"

"DONWAN!"

Tapi Mommy lebih bijak *smile*
"Ape nih?? Benda BARU!"

 "Mari kita cuba rasa...menarik"


 "Another piece...ooo finger licking GOOD!!"
 "Heh??? APA?? PRUNE???"

"Hehehe Mommy you're so smart :P Mimi tertipu laaaah!"

Ok. As mentioned, try Eggy Bread/French Toast if your baby dah graduate from the 1month rule step by step yang telah I bentangkan which I got from PPUM.  The best way is to give it in the bubur FIRST. If everything is ok then Eggy Bread that is.

Eggy Bread is a good BLW recipe to try as well...I got ideas from here ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blog Designed by The Single Momoirs