27 December 2012

Roti Buat Sendiri Juga Yang Berkhasiat



Roti: Antara Bahaya dan Keperluan…
Oleh,
S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).

Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.

Gardenia

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).

Ban dari Gardenia juga terlalu buruk. Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.

Roman Meal

Kami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.

Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi. Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.

The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. Untuk hasil sepenuhnya, lihat jadual.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.

Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.

Nota: Jenama roti yang diuji oleh persatuan Pengguna (CAP) pada 2005 & 2006 boleh didapati di dalam akhbar Utusan Pengguna @ utusan Consumer keluaran September- Oktober 2006 di pasaran sekarang.

APA YANG TERSEMBUNYI MENGENAI ROTI INDUSTRI MODEN?
• Tepung Beracun
• Pelembut Doh
• Sisa Racun Makhluk Perosak
• Logam Berat
• Pemutih
• Pengemulsi
• Rambut Manusia (L-cysteine)
• Agen Pengurang
• Pengawet
• Terlalu Banyak Garam
• Lemak Trans
• Terlalu Banyak Yis
• Enzim Ubah Suai Genetik
• Yis Ubah Suai Genetik
Roti hari ini adalah produk yang dihasilkan secara besar-besaran yang bergantung kepada pelbagai proses industri, bukan kepada kemahiran pembuatnya yang berkembang dalam tempoh beberapa abad yang lalu.

Di kebanyakan negara, termasuk Malaysia, roti dibuat di kilang besar, sesetengahnya mampu untuk menghasilkan sehingga suku juta buku roti sehari. Dalam usaha untuk menghasilkan roti dengan cepat dan untuk tahan lebih lama, industri membuat roti menggunakan lebih banyak bahan kimia penambah dan enzim tiruan (termasuk enzim ubah suai genetik, yang tidak perlu dinyatakan pada bungkusan memandangkan ia dikelaskan sebagai “bantuan membakar”).

Roti hari ini juga menjadi semakin lembut – mengandungi lebih banyak air dan kurang bahan sumber daripada bijirin semula jadi.

Apa yang anda perolehi adalah makanan yang rendah mutunya. Anda akan terkejut apabila mengetahui apa sebenarnya yang digunakan dalam membuat roti moden hari ini dan apa kesannya kepada kesihatan anda.

“Kini, teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Sepertimana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.” (Akhbar British The Independent, dalam artikel, “The Shocking Truth About Bread,” 29 Ogos 2006).
Berikut adalah maklumat terkini kompilasi fakta penting mengenai roti.

1. Terlalu Banyak Bahan Penambah

Roti yang dijual hari ini terlalu banyak bahan kimia dengan bahan penambah (contohnya roti putih, merupakan salah satu bahan makanan yang paling tercemar dengan bahan kimia yang boleh diperolehi hari ini.)

Bahan penambah adalah bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan sama ada secara langsung atau tidak langsung sewaktu pemprosesan, penyimpanan atau pembungkusan. Ia membantu untuk memperbaiki jangka hayat penyimpanan roti, nilai pemakanan atau perisa.
Bagaimanapun, bahan penambah bukanlah khasiat pemakanan semula jadi untuk manusia. Malah ia boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya ammonium klorida, salah satu bahan kimia yang ditemui dalam beberapa roti yang dipertingkatkan, mengurangkan keasidan air kencing dan perlu dielakkan oleh mereka yang mempunyai masalah hati atau buah pinggang.

Kalium bromat, bahan penambah biasa yang digunakan dalam roti untuk meningkatkan jumlah, dan untuk menghasilkan roti dengan struktur serbuk halus, juga boleh menjadi toksik kepada sesetengah orang. Bromat sendiri boleh menyebabkan kanser pada binatang dan kebanyakan bromat dengan cepat berpecah kepada bentuk bromida berbahaya.

Bromat telah diharamkan di seluruh dunia kecuali di Jepun dan Amerika Syarikat. Di California, tanda amaran kanser diperlukan pada label jika bromat terdapat dalam roti.

Apa Lagi Dalam Roti Anda?

Pemutih: Tepung yang dikisar mempunyai kesan kekuningan dan kualitinya tidak baik. Sewaktu penyimpanan, warnanya menjadi putih dan kualitinya berubah dengan perlahan. Sesetengah pelembut doh digunakan untuk mempercepatkan proses ini. Pemutih juga turut digunakan sebagai ganti tepung yang lama. Contohnya benzoyl peroxide dan gas klorin dioksida digunakan untuk memutihkan tepung.

Pelembut Doh: Pembuat roti komersial sering menggunakan bahan penambah seperti pelembut doh untuk memperbaiki tekstur, penampilan dan hayat simpanan roti. Sesetengah pelembut ditambah sewaktu di kilang tepung, manakala yang lainnya ditambah di tempat membuat roti.
Pelembut doh paling biasa digunakan ialah sodium stearoyl 2 lactylate, calcium stearoyl lactate, malt barli, ethoxylated dan succinylated monoglycerides dan polysorbate 60.
Bahan penambah ini menguatkan gluten (bahagian protein gandum) dan kanji (karbohidrat kompleks) dalam doh. Ini mencegah campuran berlebihan doh roti yang dengan mudah boleh berlaku apabila sejumlah besar doh dibuat dalam satu masa.

Campuran doh yang berlebihan akan naik secara tidak tetap, bentuk yang tidak sempurna, roti yang tebal. Penambahan pelembut doh membantu untuk memastikan bentuk bulat dan ringan.

Sesetengah pelembut doh yang dipanggil “agen pengoksidaan” (contohnya bromat, asid askorbik dan azodicarbonamide) menyebabkan perubahan kimia dalam protein, menghasilkan gluten yang lebih kuat yang membantu roti mengekalkan strukturnya selepas pembakaran. Agen pengoksidaan memberikan produk yang dibakar lebih jumlahnya, lembut teksturnya, bijirin yang lebih halus dan serbuk halus.

Sesetengah pelembut doh mempunyai lebih daripada satu peranan. Contohnya Stearoyl-2-lactylat e, melembutkan serbuk dan menguatkan doh. Monoglycerides adalah pelembut doh yang mengekalkan kelembutan roti sepanjang masa dan menolong mencegah hapak.
Enzim tertentu juga berfungsi sebagai pelembut doh. Lipoxygenase membantu memutihkan roti dengan pengoksidaan asid lemak. Protease enzymes diperolehi daripada kulat, menjadikan doh roti lebih mudah dibentuk dan alpha-amylase membantu penapaian doh roti.

Pengemulsi: Digunakan dengan meluas dalam penambahbaikan roti untuk mengawal saiz buih gas, pengemulsi membolehkan doh memerangkap lebih banyak gas dan oleh sebab itu mengembang dengan lebih besar dan menjadikan serbuk lebih lembut. Pengemulsi juga mengurangkan kadar roti menjadi hapak. Beberapa contoh adalah

Agen Pengurang: Digunakan sebagai L-cysteine hydrochloride (E920), cysteine adalah asid amino yang berlaku secara semula jadi dalam membuat roti untuk menghasilkan doh terutama sekali untuk ban burger dan roti Perancis. Ia mungkin diperolehi daripada bulu binatang dan juga rambut manusia.

Bahan Pengawet: Dua bahan pengawet yang digunakan dengan meluas dalam tepung ialah kalsium propionat dan cuka (asid asetik). Bahan pengawet hanya perlu untuk memanjangkan hayat simpanannya.

2 Terlalu Banyak Garam

Tahukah anda bahawa di United Kingdom, kerajaan mengklasifikasikan roti yang dihasilkan oleh industri sebagai makanan yang mempunyai banyak garam? Ini kerana terlalu banyak garam ditambah sebagai pengawet dan penambah perisa dalam roti.

Natrium adalah salah satu galian penting untuk mengawal keseimbangan cecair dalam tubuh kita. Air masuk dan keluar daripada sel kita untuk mengimbangi jumlah natrium dalam darah. Bagaimanapun kebanyakan daripada kita mengambil garam yang cukup setiap hari untuk menyediakan lebih daripada 10 kali jumlah natrium yang mereka perlukan.

Terlalu banyak natrium boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi dan memberi tekanan pada jantung. Memakan tiga kali lebih natrium berbanding pengambilan harian maksimum 2,400 mg yang disarankan untuk rakyat Amerika boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan serangan jantung dan strok, malah bagi mereka yang tidak sensitif kepada natrium.

3 Lemak Trans Tersembunyi

Roti yang dihasilkan oleh industri menggunakan lemak hidrogenan, lemak keras yang berfungsi bersama dengan gluten (protein yang ditemui dalam tepung, yang terbentuk semasa membuat roti) untuk menghasilkan doh yang keras yang akan naik dengan cepat dan mengekalkan strukturnya sewaktu membakar dan menyejukkan roti.

Lemak hidrogenan adalah lemak keras. Lemak keras ini memperbaiki isipadu roti, kelembutan serbuk dan membantu kekal lama, jadi ia sesuai untuk proses membuat roti secara industri.

Lemak hidrogenan juga mengandungi lemak trans, jauh lebih buruk daripada lemak tepu. (Lemak trans terbentuk sewaktu penghidrogenan minyak sayuran - proses komersial digunakan untuk mengeraskan minyak untuk penghasilan lemak seperti lelemak dan marjerin keras. Hasil daripada proses ini minyak menjadi separa keras, lebih stabil pada suhu bilik tetapi lebih tepu).
Lemak trans menyebabkan:
• Kolesterol HDL (baik) rendah dan meningkatkan kolesterol LDL (buruk).
• Arteri tersumbat.
• Penentangan insulin (mengurangkan sensitiviti pada tisu tubuh kepada tindakan insulin, yang perlu untuk membawa glukosa ke dalam tisu untuk digunakan sebagai sumber tenaga). (Penentangan insulin dikaitkan dengan kegemukan, hati berlemak, diabetes jenis 2, penyakit jantung, penyakit ovari polisista, dan kecacatan pembesaran);
• Menyebabkan atau menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung.

4. Penggunaan Yis Berlebihan

Roti biasanya dibuat dengan hanya empat ramuan – tepung, air, garam dan ragi atau yis. Malah yis tidak diperlukan dengan doh masam atau bahan penaik semula jadi.
Roti keluaran industri menggunakan 2 – 3 kali jumlah yis biasa berbanding roti yang dibuat secara tradisional. Ini menghasilkan sejumlah besar gas dan dalam proses itu ia menjadi roti span. Sejumlah besar yis di dalam roti yang dimakan dikatakan menjadi punca bagi pertumbuhan yis yang tidak bertoleransi, radang usus dan candida albicans dalam beberapa dekad yang lalu.

Yis diubah suai secara genetik:
Satu lagi kebimbangan terhadap yis di dalam roti ialah kita mungkin tidak mengetahui sama ada yis yang digunakan diubah suai secara genetik. Satu jenis yis yang diubah suai secara genetik ialah yis yang menggunakan pelbagai jenis gula. Pada masa kini, dua yis sedemikian boleh didapati – satu menaikkan roti lebih cepat. (Satu lagi ialah bagi menghasilkan bir yang kurang karbohidrat, iaitu kurang kalori.)
Kejuruteraan genetik, atau bioteknologi, adalah satu teknologi baru yang menakutkan yang membolehkan para saintis mengubah DNA atau genetik daripada organisma hidup – dalam perkataan lain, mengubah blueprint keturunan organisma. Ia adalah sains kabur kerana pemahaman saintifik tentang cara gen berfungsi dalam organisma masih di peringkat awal. Tiada siapa yang mengetahui kesan jangka panjang yang mungkin timbul dan risiko terhadap kesihatan manusia akibat pengambilan makanan sedemikian, tidak seperti pengetahuan kita yang lebih lengkap mengenai makanan asli yang terdapat dalam diet kita sejak beribu tahun lalu.

Terdapat kebuimbangan bahawa makanan yang diubah boleh menyebabkan seseorang itu mudah mengalami alahan terhadap makanan yang dahulunya mereka boleh makan dengan selamat.

Dalam satu ujikaji untuk menghasilkan yis dengan kadar metabolik yang lebih tinggi (sebagai contoh, untuk mempercepat penapaian dalam membuat roti atau bir) gen tambahan yang terbabit dalam memetabolisme glukosa dimasukkan ke dalam yis. Kemudiannya penyelidik melaporkan yis juga mula mengumpulkan toksik dan kepekatan mutagenik (boleh menyebabkan perubahan, atau mutasi, pada paras kromosom atau gen) bahan yang dinamakan methylglyoxai.

5. Enzim Meragukan

Enzim ialah satu protein yang mempercepat tindak balas metabolik, dan ia diperolehi daripada sumber tumbuhan, binatang, kulat dan bakteria. Sebagai contoh, Chymosin, adalah enzim yang digunakan untuk mendadih susu bagi menghasilkan keju. Ia diperolehi sama ada daripada renet perut anak lembu atau disintesis melalui kejuruteraan genetik.

Enzim adalah rahsia besar pembakaran moden.. Malah, seluruh enzim digunakan dalam pembakaran. Namun ia dinamakan “bantuan pemprosesan,” yang tidak perlu dinyatakan pada label produk. Tidak hairanlah, kebanyakan orang tidak mengetahui yang roti mereka mengandungi enzim tambahan.

Pengeluar telah menghasilkan enzim dengan dua objektif utama: untuk membuat doh yang mengandungi lebih banyak gas (yang menjadikan roti lebih ringan) dan menjadikan roti lebih lembut dalam tempoh yang panjang selepas pembakaran.

Kebanyakan enzim kilang roti diperolehi daripada bahan yang bukan merupakan sebahagian daripada diet manusia biasa. Sungguhpun enzim sedemikian dari segi kimia adalah sama seperti yang terdapat secara asli di dalam tepung atau doh roti, ia dicampurkan dalam jumlah yang banyak berbanding dalam roti biasa.

Kini keselamatan enzim yang digunakan kilang roti telah dicabar secara radikal melalui penemuan bahawa enzim transglutaminase, digunakan untuk menjadikan doh bersifat lebih meregang dalam croissant dan sesetengah roti, boleh menukar sebahagian daripada protein gandum beracun pada orang yang mengalami keadaan tidak tahan terhadap gluten.

Perkembangan ini adalah penting kerana ia menunjukkan enzim yang ditambah pada doh roti mungkin menimbulkan kesan yang tidak diingini dan merosakkan. Enzim boleh menjadi bahan yang menyebabkan alergi (alergen). Enzim juga mungkin tidak berbahaya dengan sendirinya, tetapi mungkin digunakan untuk menghasilkan produk yang tidak diingini. (Sumber: “The Shocking Truth About Bread,” The Independent, 29 Ogos 2006).

Enzim diubah suai secara genetik:
Enzim untuk kegunaan sebagai bantuan pembakaran boleh dihasilkan secara tidak asli melalui pengubahsuaian genetik atau bioteknologi. Pereka enzim ini telah menambah sifat yang menguntungkan pengeluar makanan. Sebagai contoh, dengan menambah enzim yang diperolehi secara bioteknologi, seperti maltogenic amylase, ke dalam tepung, pengeluar boleh menjadikan roti tahan lebih lama.

Sebuku roti mula memecah sebaik sahaja ia dikeluarkan dari ketuhar. Kanji di dalam roti hilang kelembapan (yang menyebabkan roti keras dalam masa beberapa hari). Dengan menambah enzim yang diubah secara genetik ke dalam tepung, struktur kanji boleh diubah untuk mengekalkan kelembapan dengan lebih baik.

Enzim yang diubah suai secara genetik tidak dinyatakan pada label, dan kita kurang mengetahui tentang risiko yang berpotensi timbul terhadap kesihatan.

Oleh itu, roti yang dihasilkan secara besar-besaran hari ini merupakan ujikaji besar yang dijalankan ke atas kesihatan kita.

6 Tepung beracun

Tepung segar adalah kurang putih dan mempunyai bau yang kuat. Untuk mengatasi masalah ini, tepung itu dimasukkan gas klorin dioksida semasa dibakar di dalam ketuhar khas. Klorin itu bukan sahaja memutih dan mematang tepung, ia membentuk sebatian seperti asid diklorostearik, yang kekal di dalam tepung itu.

Klorin dioksida memusnahkan Vitamin E, dan bertindak balas dengan protein tertentu untuk membentuk methionine sulfoxide, yang diketahui menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat pada manusia. Jika klorin dioksida tidak digunakan, bahan pemutih seperti benzoil peroksida dan nitrogen peroksida mungkin dicampurkan bersama agen yang mematang seperti kalium bromat, kalium iodat dan azocarbo-namide.

Roti yang diperbuat daripada tepung yang dikisar dengan batu pengisar adalah berat dan mudah mengering serta pecah, ciri-ciri yang tidak diingini dalam roti yang dihasilkan secara komersial hari ini. Pembuat roti komersial tidak dapat mengekalkan kelembapan produk mereka dengan menambah polyoxyethlene monostearate ke dalam tepung, yang mempunyai sifat yang menyerap dan menyimpan air.

Penyimpanan air di dalam tepung menyebabkan roti tahan dan kekal lembut, tetapi bahan kimia ini juga menyebabkan kanser pada tikus makmal.

Ethoxylated mono- dan digliserida juga dicampurkan ke dalam doh untuk menghasilkan kelembutan yang diingini pada roti.

Kadangkala agen rawatan tepung juga digunakan. Asid L-ascorbic (E300) boleh dicampurkan ke dalam tepung oleh pengilang, atau pada peringkat pembakaran. Ia bertindak sebagai pengoksida, yang membantu menyimpan gas di dalam doh, yang menjadikan roti naik dan memberi gambaran nilai palsu.

Di AS sahaja, terdapat kira-kira 60 bahan kimia yang diluluskan penggunaannya dalam menghasilkan tepung dan roti. Walaupun tidak ada pengeluar menggunakan kesemua 60 bahan penambah itu, 8 atau lebih adalah lazim digunakan.

Fakta mengenai tepung:
Dahulunya tepung dihasilkan melalui penghancuran bijirin dengan menggunakan penggelek batu (stone roller). Penggelek batu biasanya digerakkan oleh angin, air atau tenaga lembu jantan dan digerakkan secara perlahan tanpa menghasilkan haba. Vitamin dan zat galian mudah dimusnahkan oleh haba, tetapi teknik penghancuran yang sejuk menjamin kebanyakan nutrien, termasuk germa, dikekalkan.

Tidak seperti hari ini. Tepung dikilang dengan membuang germa (lapisan kulit dalam yang berkhasiat) dan lapisan luar selulosa (di mana kebanyakan serat ditemui) dan menghancurkan bijirin dengan penggelek keluli (steel roller) yang berkelajuan tinggi.
Tidak seperti tepung bijirin tulen yang dikisar oleh pengisar batu, tepung yang kita makan hari ini terlalu putih dan halus.

Inilah yang dicapai oleh pengilang dengan menghancurkan bijirin melalui penggunaan pelbagai mesin penggelek. Haba yang dihasilkan melalui penggelek keluli boleh memusnahkan sebarang vitamin dan zat galian yang biasanya ditemui dalam bijirin, yang menghasilkan produk siap daripada kanji tidak putih.

Tepung putih yang dikilang yang menanggalkan bahan penghalang aslinya amat mudah terdedah kepada serangan kulat. Ini diatasi dengan mencampurkan asid propionik, bahan yang mencegah kulat dalam serbuk ubat kaki makan air (athletes’ foot).

Malah tepung gandum tulen dicurigai semasa proses pengilangan moden. Mesin berkelajuan tinggi mencecah sehingga 400o F, dan kepanasan ini memusnahkan nutrien penting dan menghasilkan ketengikan dalam bran dan germa.

Vitamin E di dalam germa dimusnahkan – satu kehilangan disebabkan gandum tulen merupakan sumber Vitamin E yang paling mudah diperolehi.

7 Sisa racun makhluk perosak
Penanaman bijirin kontemporari, termasuk gandum (di mana tepung diperolehi), yang racun makhluk perosak dan bahan kimia lain digunakan, juga menimbulkan persoalan mengenai keselamatan memakan roti yang dijual hari ini.

Kebanyakan racun makhluk perosak yang digunakan pada bijirin berfungsi sebagai xenoestrogen, estrogen asing yang boleh mengganggu keseimbangan hormon dan mungkin menjadi penyebab sebilangan masalah kesihatan.

Sebagai contoh, para penyelidik menjangka bahan kimia yang menyerupai estrogen ini merupakan salah satu daripada faktor penyebab budak lelaki dan perempuan mengalami akil baligh lebih awal. Ia juga telah dikaitkan dengan kemandulan, keluarbiasaan dan kanser yang dikaitkan dengan hormon, termasuk penyakit payudara fibrosista, kanser payudara dan endometriosis.

Dikesan dalam roti:

Pada Jun 2005, Jawatankuasa Sisa Racun Makhluk Perosak UK (sebuah badan bebas yang menasihati kerajaan UK, Lembaga Pengarah Keselamatan Racun Makhluk Perosak dan Agensi Standard Makanan) melaporkan penemuan sisa racun makhluk perosak dalam 53 daripada 72 “roti biasa” yang diuji, yang termasuk roti putih (37), roti gandum tulen (26) dan jenis roti “lain” (9).

Racun makhluk perosak yang dikesan dalam roti yang diuji ialah chlormequat (pengawal pertumbuhan tanaman yang digunakan pada pelbagai tanaman, termasuk bijirin), glyphosate (digunakan sebagai bahan pengering ke atas tanaman bijirin), malathion (racun serangga) dan pirimiphos-methyl (racun serangga yang digunakan untuk mengawal makhluk perosak bijirin yang disimpan).

Satu sampel roti gandum tulen didapati mengandungi 3 sisa racun, sementara 13 sampel lain (10 roti gandum tulen, 2 roti putih dan 1 roti “lain” mengandungi 2 sisa racun.

Ini menimbulkan kebimbangan di Britain memandangkan kesan jangka panjang ke atas kesihatan daripada campuran sisa racun makhluk perosak ini kurang difahami, dan ketara terutamanya pada bayi dalam kandungan serta kanak-kanak kecil.

8 Logam berat

Di sesetengah negara, roti dijual sungguhpun mengandungi logam berat. Sebagai contoh, paras tinggi logam kadmium beracun dan amat berbahaya jarang ditemui di dalam roti Australia. Kadmium datang daripada baja fosfat yang disembur ke atas ladang gandum. (Sumber: Museum Victoria Australia 2003).

9 Tiada Nutrien

Pernahkah anda tertanya-tanya apa maksud “Roti putih yang diperkaya” seperti yang tertera pada bungkusan roti? Makanan yang diperkaya mengandungi nutrien tambahan untuk menggantikan nutrien yang hilang semasa pemprosesan.

Bijirin tulen amat berkhasiat. Pemprosesan moden menghilangkan nilainya sehingga 90% malah 100% nutrien.

Menurut penemuan Amerika, apabila bijirin dijadikan tepung putih halus, lebih daripada 30 nutrien perlu dihilangkan. Hanya 4 daripada nutrien itu (Vitamin B1, B2 dan B3, dan zat besi) ditambah kembali ke dalam proses yang dinamakan “pengayaan.”

Nutrien yang dihilangkan dan tidak dikembalikan termasuk 44% Vitamin E, 52% asid pantotenik, 65% asid folik, 76% biotin, 84% Vitamin B6, dan separuh atau lebih 20 zat galian dan unsur surih (termasuk magnesium, kalsium, zink, kromium, mangan, selenium, vanadium dan kuprum).

Dengan kehilangan nutrien semasa proses pengilangan, istilah “Kurang bermutu” (Degraded) mugkin lebih sesuai digunakan.

10 Rambut manusia – Haram bagi umat Islam

Pengguna Muslim mungkin terkejut apabila mengetahui yang roti sebenarnya mengandungi unsur-unsur daripada rambut manusia. Sememangnya rambut manusia telah diproses untuk menjadi ramuan di dalam makanan termasuk roti.

Bahan yang dipersoalkan itu ialah L-cysteine (asid amino yang digunakan di dalam makanan, industri farmaseutikal dan kosmetik).

Penggunaan L-cysteine dalam makanan dibenarkan di Malaysia. Menurut Jadual Ke-11 Peraturan Makanan 1985, penggunaan L-cysteine dibenarkan dalam gandum dan tepung protein tinggi bagi membuat roti.

Dalam pembuatan roti, L-cysteine digunakan untuk mengurangkan masa campuran doh tepung, menghentikan pengecutan kulit roti piza selepas ia diratakan, dan membantu pemindahan doh melalui pelbagai alat pemprosesan kilang roti atau pelembut doh.

Sungguhpun L-cysteine mungkin wujud, biasanya ia tidak disenaraikan sebagai ramuan. Ini memandangkan ia tidak dianggap sebagai bahan penambah makanan, tetapi sebagai membantu pemprosesan.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI L- CYSTEINE

Menurut hukum Syariah, memakan sebarang bahagian tubuh manusia adalah haram bagi umat Islam. Daripada temu bual dengan Mufti Perak, Dato’ Seri Dr. Harussani bin Zakaria, difahamkan bahawa setiap bahagian tubuh manusia adalah suci dan perlu dihormati. Dengan itu, makanan yang mengandungi L-cysteine adalah meragukan memandangkan L-cysteine boleh diperolehi daripada rambut manusia.

Berdasarkan pandangan ini, pengguna Muslim perlu berhati-hati semasa memilih makanan di pasaran, terutama makanan yang mengandungi L-cysteine, seperti roti, pisa (dan juga perisa makanan lazat).

-Suntingan Azizi Hj Abdullah, Editor Utusan Pengguna (CAP) INFO 2006.

Roti yang berkhasiat untuk diberi pada anak 
adalah Sourdough Bread 
refer disini cara pembuatannya

Join us at homemade
PINK

perkongsian ebook

WHEAT BELLY
by
Dr William Davis

07 August 2012

Mengapa Tidak Galakkan Baby/Toddler Makan di McDonalds

Seorang kanak-kanak yang masih bayi berusia satu tahun telah diselamatkan oleh kakitangan McDonald di restoran Sydney selepas dia berhenti bernafas selama hampir tiga minit.

Rakaman CCTV dan kecemasan panggilan disiarkan di Channel Sembilan menunjukkan keadaan panik yang berlaku ketika kakitangan dan pelanggan cuba untuk menyelamatkan Nevaeh yang tercekik selepas makan french fries di outlet tersebut.



MORAL OF THE STORY

  1. Pentingnya mengetahui CPR dan apa yang boleh anda lakukan dalam keadaan kecemasan ketika tercekik
  2. Makanan McDonalds macam fries boleh menyebabkan bayi tercekik

24 July 2012

Kadang-kadang adalah lebih baik kupas je apple tu...


Adakah saya, atau lately ni kita sering dengar even pada epal pun anak-anak ada alahan. Atau, mungkinkah anak TAK ALAH pada epal, tapi pada "lilin" atau "wax" yang menyelaputi epal tersebut?




Seriouslah kan, sangat menakutkan...


Rasanya kalau epal tu bersinarkan...elok kupas je kulit dia.

21 July 2012

Kanak-Kanak Australia terlebih garam - suatu perbandingan

Kebanyakan kanak-kanak di Australia mungkin akan makan garam lebih banyak daripada yang disyorkan. Dalam kaji selidik baru-baru ini, lebih separuh ibu bapa melaporkan bahawa anak-anak mereka makan makanan ringan masin sekurang-kurangnya beberapa kali setiap minggu. Mereka tahu bahawa garam boleh mempunyai kesan berbahaya kepada kesihatan kanak-kanak dan mengambil berat tentang jumlah garam dalam makanan anak-anak mereka.

2007 Australian National Children's Nutrition and Physical Activity Survey baru-baru ini mendapati bahawa kanak-kanak berusia 2-16 tahun memakan jumlah garam jauh melebihi tahap maksimum yang disyorkan. Kanak-kanak lelaki ditemui memakan sehingga kepada lebih 9 gram garam, dan perempuan sehingga lebih daripada 6 gram garam.

Saya rasa, ibubapa di Malaysia pun kebanyakkan mempunyai attitude yang tidak jauh berbeza. Maka, jadilah ibubapa yang BIJAK dan sentiasa pantau dan baca labels untuk mengawal pengambilan garam anak-anak kita.

Masih tidak meyakinkan tentang kesan BAIK pengurangan garam dalam diet anak anda?
The evidence is here - AWASH


19 July 2012

Naturally Sweeten Banana Apple Raisin Pancake



Bahan-bahan yang di perlukan :
4 biji pisang montel
6 biji kurma madu iran
1 biji apple fuji/royal gala
satu kotak kecil kismis sunsweet (1/2 cawan)
1 cawan setengah tepung gandum
sedikit minyak masak untuk mendadar pancake

Cara membuatnya :
Apple di kupas kulit dan di sagat
Pisang di lenyek dan kurma dibuang biji
Masukkan semuanya ke dalam mixer dan mix sehingga creamy
Masukkan tepung dan kaup dgn seduk
Taburkan kismis dan kaup lagi sekali.
Panaskan kuali pancake anda dan lenserkan dengan sedikit minyak
Masak sehingga masak rata kedua2 bahagian

16 July 2012

Kurma sebagai ganti rasa manis, penuh khasiat semulajadi


Buah berasal dari pohon palem keluarga Arecaceae dari genus phoenix mempunyai nama ilmiah dactylifera phoenix. Berasal dari tanah di sekitar tepi sungai Nil dan Efrat pohon kurma dibudidayakan secara luas di wilayah beriklim hangat di semua benua, termasuk di Afrika, Australia dan Amerika (California).

Biasanya kurma segar berdaging serat lembut dan manis sangat rasanya, seakan sirap gula dan madu. Isi buah kurma mengandungi gula sederhana mudah dicerna seperti fruktosa dan dekstrosa dan cepat memberi tenaga kepada tubuh. Oleh kerana sifat semulajadinya sebegini ianya sesuai mengawali hindangan berbuka puasa.

Dan oleh sebab ianya mempunyai kedua-dua sodium dan gula yang semulajadi, menjadikan ia sebagai penganti gula dalam hidangan anak-anak adalah amat bersesuaian. Jadi baru-baru ini bila berlambak kurma muncul di pasaraya-pasaraya besar, saya mengambil peluang memborong juga. Hasilnya hidangan pertama sarapan pagi tadi berupa cucur pisang dimaniskan dengan puree kurma. Sedap sesuai seisi keluarga makan jadi jimat ruang masa yang terhad untuk menyediakan masakan (tak perlu masak asing2 dan dua kali untuk si manja)


Cuba perlu bersederhana dan bagi anak-anak yang mempunyai eczema, tidak boleh beri selalu kerana hidangan tinggi gula walaupun semulajadi akan melambatkan penyembuhan kadangkala.

15 July 2012

Karipap Dairy & Planta Free Berinti Sayur Tumis For Mimi


Dah lama tak keluarkan "menerap biskut" bentuk love dan pakai. Mungkin merajuk sejak Mimi punya RAST test came out and said dia allergik pada protein susu lembu. Bila pakai planta, ada yang kata tak elok. But sembang punya sembang dengan my mother, teringat kisah rewang kenduri kawin adik I dan cerita makcik jual karipap kat kampung tak pakai planta pun.

So...lahirlah karipap dairy free dan planta free berintikan sayur raja tumis dengan bawang besar (put olive oil, tumis bawang besar dan kemudian masukkan sayur raja. Dah masak cincang halus)

Sebab ni goreng minyak banyak so not advisable for babies below 1 and half years old.



Resipi for this boleh di dapati di sini ye : Kulit Karipap Dairy Free

04 July 2012

Merendam Bijirin Mengelakkan Kekurangan Zat Penting

Ramai sangat anak-anak sakit sekarang ini dengan macam-macam penyakit - cancer, ekzema, alahan, resdung, asthma, diabetes...

Semasa anak saya mula-mula di sahkan alah pada susu lembu, sedikit alah pada oat dan telur putih, saya seringkali mencari jawapan - kenapa, mengapa?

Dan apabila anak rakan saya sendiri tiba-tiba di sahkan cancer dan DIA sendiri bertanya soalan itu, saya rasa saya terpaksa gali dengan lebih jauh punca sebenar yang sedang berlaku dalam masyarakat modern kita ini.

Fokus kepada diet Barat makanan berasaskan bijirin telah banyak menyumbang kepada ledakkan peningkatan penyakit kronik dalam beberapa dekad yang lalu ini sebenarnya - terutama pada anak-anak kita dalam bentuk ekzema, alergi, kencing manis, kanser dan lain-lain penyakit auto-imun.

Penekanan pakar pemakanan untuk mengelakkan biji-bijian terlampau diproses macam roti putih, tepung putih memang bermakna. Walau bagaimanapun, ia mengabaikan hakikat bahawa masyarakat tradisional tidak pernah makan makanan ini dalam kuantiti yang besar seperti yang dimakan hari ini mahupun makan makanan yang berasakan etnik-bijian yang disediakan dalam kaedah moden sebagai roti kenaikan cepat (menggunakan ragi berbentuk sintetik), granolas, pasta dan lain-lain hidangan bijirin cepat dimasak seperti oat cepat masak dan sebagainya.

Masakan tradisional dan orang pra-industri dari seluruh dunia mengambil berat merendam atau menapai bijirin mereka sebelum menjadikannya bubur, roti dan hidangan yang lainnya. Sebelum pengenalan yis komersil, yang digunakan untuk membuat kenaikan roti dengan cepat, orang Amerika dan Eropah secara serupa membuat roti yang kenaikannya perlahan dari permulaan doh yang ditapai, biasanya dikenali sebagai sourdough. Di Mexico, jagung telah ditapai untuk sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum dibuat menjadi  roti yang rata dipanggil tortillas. Budaya Afrika juga merendam jagung untuk ditambahan dlm sup dan stew. Malah beras dengan teliti ditapai dalam sesetengah budaya Asia dan Amerika Latin sebelum dimasukkan ke dalam masakan etnik.

Sains telah menunjukkan kebijaksanaan kaedah penyediaan berhati-hati ini kerana semua bijirin dan kekacang mengandungi asid phytic iaitu asid organik yang menghalang mineral penyerapan dalam saluran usus. Asid phytic ini dineutralkan serendah 7 jam di rendam di dalam air dengan jumlah yang kecil medium yang berasid seperti jus lemon atau cuka epal cider. Dengan merendam juga meneutralkan perencat enzim yang hadir dalam semua benih dan menambah enzim yang bermanfaat yang meningkatkan jumlah nutrien yang hadir - terutamanya vitamin B.

Bagi mereka dengan intoleransi gluten, merendam atau penapaian bijirin berasaskan gluten memecahkannya kerana orang sebegini sukar untuk menghadam protein tumbuhan. Kajian yang dijalankan di Itali telah mendapati bahawa orang dengan penyakit celiac boleh memakan roti sourdough tulen tanpa apa-apa kesan pada penghadaman atau gejala auto-imun.

Langkah pertama yang baik apabila peralihan kepada bijirin tradisional disediakan di rumah anda adalah untuk merendam periuk oatmeal sarapan semalaman. Ramai warga tua akan ingat bahawa arahan pada kotak oatmeal pada zaman mereka mengesyorkan ia direndam semalaman sebelum dimasak. Ini adalah sebelum kedatangan oat cepat masak dan paket oat microwavable di pasaran yang menyebabkan orang beransur-ansur lupa amalan tradisional yang berfaedah ini!



Apakah Asid Phytic:

Asid phytic adalah emzyme 1, protein, anti-nutrien yang dijumpai paling biasanya pada bijirin, kekacang, kacang, dan biji benih yang mana ia terikat ketat dengan kalsium, magnesium, zink dan besi dalam makanan anda. Mereka mengiringi satu sama lain melalui saluran penghadaman anda menyebabkan kesemua zat dan minera tersebut tidak dapat diserap oleh badan anda. Dalam satu kajian di mana asid phytic telah dikeluarkan, penyerapan zat besi gandum telah meningkat 12 kali, Oat Bubur 8 kali meningkat. Daging dalam diet akan membantu anda menyerap mineral dalam bijian dan kekacang anda. Vitamin C akan meningkatkan penyerapan mineral dalam makanan asid phytic yang tinggi sehingga 3 kali tetapi tanpa phytates 10 kali ganda pengurangan

sumber : www.FoodGraphs.net Sumber Hurrell et al., Am J Clin 77:1215 Nutr





Rujuk di sini untuk membuat roti sourdough yang sangat berkhasiat

20 May 2012

Homemade No Sugar Added Cold Watermelon Suprise & Watermelon Slurpee


Saya membuktikan bahawa slurpee itu juga boleh HEALTHY kalau kita tahu caranya...

10 May 2012

I'm addicted to BENTO again - Meet The Dubiens


Alamak, dah lama tak ber BENTO and suddenly bila baca blog yang ni

09 May 2012

Why choose unbleached flour?

Tepung benzoyl peroxide kehilangan vitamin yang sangat penting

11 April 2012

Kaitan Produk Tenusu, Kahak dan Si Kecil Cerewet Makan



Kira-kira 80 peratus daripada protein di dalam susu adalah kasein, protein yang rumit yang sukar bagi ramai orang untuk mencerna. Apabila anda berfikir tentang hal itu, susu lembu direka untuk proses regurgitasi dengan empat kamar perut.

15 March 2012

Doc Talk - too SOON for salt??


Right Click Image, then choose "Open Image in New Tab" to view larger

Tips Jamie Oliver Untuk Melatih Anak-Anak Cintakan Makanan Sihat


Nak tahu bagaimana Jamie Oliver melatih anak-anak cintakan makanan sihat?

05 March 2012

CETDEM Farmers Morning Market every sunday



Farmers Morning Market [Sunday]
Date: 15 April, 20 May, 17 June, 15 July, 16 Sept, 21 Oct, 18 Nov, 9 Dec, 7.30am ~ 11.00am
Venue: CETDEM Organic Farming Community Centre, 29, Jln 19/15 / Section 19 Padang, Petaling Jaya.


Bahaya GMO Yang Harus Anda Ketahui



GMO adalah makhluk hidup yang telah dipertingkatkan kemampuan genetik melalui kejuruteraan genetik. Secara mudah dapat kita fahami bahawa dengan kejuruteraan genetik, "bahagian-bahagian" makhluk hidup "dibuah", disesuaikan, sehingga menjadi lebih unggul, seperti tahan hama, tahan penyakit, dan lebih banyak menghasilkan tuai, atau menambah "gemuk" haiwan ternak.

24 February 2012

Leganya - Mimi is really REALLY makan dengan sendiri


Today kami masak spaghetti. Nothing fancy. I tumis bawang holland yang dicincang, mince meat, letak bay leave and potong dadu kecil apples, potatoes and pumpkin. Mimi loves it so tak apalah benda "pelik" sikit macam apple ada dalam tu :P

Macam selalu, I malas nak masak asing-asing, so I browned the meat sekali :

 

Lepas dah asingkan untuk dia dan untuk kakak-kakak dia (they will be having bolognaise) I campakkan ada the diced apples, potato dan labu tu. Then I gaulkan sekali dengan Angel hair (daddy salah beli >.< tak apalah!)


Actually ini adalah kali kedua Mimi pakai garfu. She does well with the spaghetti daripada fettuccine hehehe. So now boleh kut makan bihun goreng :P

 



Aliya memang suka mengusik kalau dia tengah makan...haih...
lost dah concentration
FAIL
huhuhu

Sila jangan ngeri tengok sepah-sepah. Sepah-sepah yang in order adalah good for developmental steps anak :P

My trick??

\


Macam yang I dah terangkan di sini. I tend not to make excuses kalau boleh - anak's learning comes first. Use your creative grey matter - dont use  short cuts hehehe

So apa gunanya "graduation" if without a video eh?
(sila abaikan rumah saya yg tak sememeh itew :P)


22 February 2012

Semulajadi itu berhubung kait & Coconut Brown/White Rice Pudding Recipe

As salam semua. Rasa rindu betul pada ruangan ini. Saya masih tidak mampu at the moment nak create any fancy new recipes utk Mimi due to her eczema. Tapi rasa sangat bertuah kerana dalam masa yang agak "difficult" ini saya di beri peluang untuk masih dapat membantu parents terutama ibu-ibu diluar sana menyediakan yang terbaik buat si manja.


bersama pengasas product MooGoo Craig Jones (far left0 dan Triniaire Director ManHon (yang dukung my Syasya) serta the BERNAMA Team


my interview with BERNAMA

Anyway, tujuan I hari ni just nak share one of the resipi yang Craig telah pass to me. Semasa berjumpa secara personal dengan dia for lunch dia banyak bercakap tentang betapa passionate isterinya Nicole tentang pemakanan yang sihat dan homemade buat anak-anak dia. I rasa ini selari dengan apa yang product MooGoo ingin capai juga - ke arah kehidupan yang menggunakan barangan (atau pemakanan) yang lebih natural atau semulajadi untuk kesihatan yang lebih baik.


Recipe idea from Nicole Jones 

photos from :
http://www.ambitiouskitchen.com/ 
http://glutenfreehope.blogspot.com/


COCONUT BROWN/WHITE RICE PUDDING
Ingredients:

2 cups water

1 cup short-grain brown rice or basmati rice

1 cinnamon stick

1 1/2 cup coconut milk (divided)

1 1/2 cup of fresh homemade applesauce

1/2 cup raisins (soaked in boiling water and lightly pureed or finely chopped)

1/2 teaspoon ground cinnamon


2 tablespoons of brown sugar 


Method:
Place the water and cinnamon stick in a medium pot and bring to a boil. 

Reduce to low and add brown rice; cover and simmer about 30 minutes.

Add 3/4 cup coconut milk & apple sauce stir, and cover again for another 15-20 minutes or the liquid is almost all absorbed. 

Add ground cinnamon and brown sugar. 
Fold the raisins into the into the rice, and add remaining 3/4 cup of coconut milk. 
Stir occasionally for about 10 more mintues or until raisins begin to plump. 
Serve warm immediately.

Serves 4


13 February 2012

Anak Makan Sendiri Dengan Jayanya - Tip No 1 : Jangan Banyak Sangat



OVERWHELMED - faham?
Kita sebagai orang tua pun rasa binggung bila banyak sangat lauk di depan mata. Apatah lagi si kecil kita kan?

pic from Google

So tips berguna saya yang pertama - JANGAN PENUHKAN PINGGAN ANAK ANDA
kalau masih muda..tak pakai pinggan pun tak apa...letakkan 3 to 4 pieces of makanan (finger food) yang anda ingin perkenalkan.



LECEH? LAMBAT? ~ menjadi ibu perlu SABAR!
Setiap kemahiran baru mempunyai faedah nutrisi. Ibu jari bayi dan jari telunjuk membina kemahiran mengutip makanan yang kecik dan memberi peluang kepada si kecil menyuap dirinya sendiri. Bersepah sedikit adalah keadaan biasa jadi jangan terlalu mengharapkan bayi terlalu perfect. Namun minimunkan masalah bersepah. Terlalu banyak makanan pada piring bayi akan membawa kepada menggunakan kedua-dua belah tangan dan masalah bersepah yang akan memeningkan kepala anda. Galakkan anak anda makan dengan kemas dan tidak bersepah. - Dr. Sears
Beri ruang untuk anak explore.


Keep feeding times short. Remember, tiny babies still have tiny tummies. Small, frequent feedings are still the best. Also, give your baby small helpings. Most babies seldom take more than 1 or 2 tablespoons of a food at any one meal . Don't overwhelm baby with a whole pile of food on her plate. Begin with a small dollop and add more as baby wants morehttp://www.askdrsears.com/topics/feeding-infants-toddlers/feeding-9-12-month-old
contoh?? 


photo credits : http://technorati.com/women/article/vegan-food-pyramid-and-feeding-your/

Yang atas ini hanyalah GOOD FOR FACE VALUE sahaja - if you are BABY FOOD BLOG not a BABY ye hehehe

Berikan si manja bekasnya sendiri dan sudunya sendiri. Tuangkan SEDIKIT sahaja (dalam 2 sudu) ke dalam bekas kepunyaan si manja. Tambahkan bila kelihatan sudah habis.


Sambil dia "trainning" bolehlah suap baby dari mangkuk yang lain menggunakan sudu yang lain


RESULTS?
after 7 months of trainning




ok. GOOD LUCK!!