22 December 2011

Salmon Potato Pumpkin Cakes




Saya ambil kesempatan kakak-kakak Mimi balik kampung untuk saya masak satu hidangan sekali yang both Mak dan Anak boleh makan. Memandangkan suami beli banyak ikan salmon kerana berjaya mendengar celoteh saya tentang omega 3 dan DHA/EPA dan entah macamana disebabkan tugas Abah saya sebagai Pengerusi Masjid, maka anak no 1 dan no 2 tidak dapat pulang seperti yang telah dirancangkan.

Ikan salmon seharusnya FRESH. Lagi lama di simpan, lagi dia berbau hanyir dan tidak sedap. Jadi sementara salmon-salmon cuts tu masih FRESH saya buat jadi Fish Cakes.


Petua membentuk Salmon Cakes:
Basahkan tangan sebelum mengepal. Kepal beberapa keping dan kemudiannya baru gaul dengan serbuk roti.


Breadcrumbs :
Saya memang tak pernah membeli breadcrumbs. Selalunya saya toastkan roti agak2 sedikit garing dan "whizz" dalam blender sehingga menjadi serbuk. Anda juga boleh choose healthier choice macam wholemeal bread.





Petua Salmon tidak berbau:
Rendamkan Salmon beku dia dalam susu atau susufm. Bau hanyir nya akan hilang. Salmon elok di masak bersama sayur berakar dan berubi seperti Ubi Kentang, Keledek dan Labu. Setelah direndam, jika ingin dibakar atau kukus, basuh sahaja bersih2. Kalau untuk resipi ini, celur sekejap dengan susu tersebut.











Kuantiti saya buat ni memang banyak sebab boleh di freeze kan - seeloknya digunakan dalam 3 ke 4 hari.

Bahan-bahan:
3 biji kentang sederhana besar (eloknya guna kentang holland berisi kuning)
1 cawan labu
1 cawan salmon (yang telah dimasak bersama susu atau poached with milk)
1 cawan tepung gandum
Serbuk roti dari 2 keping roti putih/wholemeal
sedikit daun bawang (dalam 1/4 cawan)
sedikit minyak untuk mengoreng




Cara-cara membuatnya:
Basuh kentang dan rebus bersama-sama kulit. Jika tidak mahu boleh dikupas dan kemudian rebus sehingga empuk.
Kukus labu sehingga empuk
Kepingan salmon direndam dalam susu fm dan kemudiannya dimasak sekejap dalam susu tersebut.
Cerai-ceraikan isi ikan dan pastikan tulang tidak terikut
Lenyek kentang yang telah empuk dan juga labu. Satukan kedua-duanya.
Kemudian tambah isi ikan salmon yang sudah dicerai-ceraikan. Satukan semuanya.
Tambah hirisan daun bawang dan tepung. Satukan dan pastikan semua sebati.
Bentukkan menjadi bulat dan leper sedikit. Salutkan dengan breadcrumbs.
Ketepikan.
Boleh di bakar pada suhu 180C sehingga masak atau goreng dengan sedikit minyak.

Resipi di atas untuk baby makan jadi tak ada garam semua lah, untuk Mama dia, selepas dah bentuk untuk baby boleh lah tambah sikit dan sedikit perahan lemon jika mahu untuk lebih sedap. Tambahkan sedikit tepung jika masih agak lembik tapi jangan terlalu banyak kerana takut nanti fish cake rasa tepung sahaja. Sedap jika di cicah bersama yogurt full cream



Selamat mencuba


2 comments:

  1. I wish I could read your language! I am going to try this but will have to go by the pictures!!!

    www.healthybabybeans.com

    ReplyDelete