22 November 2011

Kali pertama...


I buat tutorial ni guna apples sebab I rasa apples ni paling mudah. Tapi kalau nak start dengan mana-mana buah-buahan yang lain yang sesuai untu 6 months by all means go ahead. Untuk cara nak pilih apple mana yang sesuai, please visit : http://foods4tots.blogspot.com/2011/10/epal-yang-mana-satu.html

Untuk mudahkan kerja, dapatkan pemotong apple ni. Ada jual di IKEA rasanya. Kalau tak ada tak apa, tak kisah.

I selalunya suka kupas kulit sebab momtastic.com kata kalau tak kupas, baby boleh sakit perut. Maknanya selagi baby berusia sebelum 8 bulan, silalah kupas kulit dahulu.
http://wholesomebabyfood.momtastic.com/peel-fruits-vegetables-for-baby-food.htm

Bila dah kupas kulit dan guna pemotong apple untuk potong, silalah potong kepada kiub-kiub sebelum dikukus.


Anda juga orang bertanya, kalau tak ada pengukus pakai apa?
Biasanya ada orang akan pakai pengukus ini

Tapi kalau tak ada macamana???


Saya pakai kuali "wok" chinese style sahaja. Janji ada penutup.


 Saya kukus apples tu dalam mangkuk tahan haba tinggi (contohnya microwave safe). Gunakan rak pengukus untuk alas sebelum meletakkan pinggan atau mangkuk.

Kukus dalam 12 ke 15 minit maksimum.

Air terhasil dari kukusan apple ni jangan buang. Boleh simpan, sebab bila nak puri nanti boleh pakai balik. Kalau banyak, simpan dalam botol anak dan boleh beri dia sebagai jus.


Gunakanlah blender yang berasingan untuk puri buah-buahan tersebut. Tak elok campur adukkan makanan dewasa dengan makanan bayi.



Puri untuk hari pertama haruslah sedikit cair, jadi untuk dapatkan tektur yang lebih halus, tapis.


Puri yang sudah dikisar boleh dikeraskan dalam freezer. Setelah keras bolehlah di transfer masuk dalam beg ziplock. Puri beku tahan selama 3 ke 6 bulan. Tapi untuk maintain freshness lebih baik pakai dalam masa 8 minggu.


Selamat mencuba!!


1 comment:

  1. Salam akak, mintak nak link kan blog akak kat blog saya. tq2

    ReplyDelete