30 September 2011

Made in Malaysia Cottage Pie - 9 bulan ke atas



Of course bila saya fikirkan tentang apa yang akan saya hidangkan dengan apa jua resipi yang saya jumpa di internet, saya MESTI memikirkan rasa, texture yang berada di sekeliling saya.

Saya boleh gunakan Bay Leave untuk membuat inti stew daging yang menjadi variasi Cottage Pie hari ini tetapi in real life Mimi akan bertemu dengan inti murtabak daging, inti karipap daging, bihun sup utara, daging masak kari, daging masak samah...masak kurma dan sebagainya bila dia dewasa. Tiada penggunakan Bay Leave - hanya rempah ratus dari zaman tok nenek kita lagi.


Cuba mungkin kekangan bagaimana informasi terkini tentang pemakanan anak-anak yang membuatkan tok nenek kita hanya memberi apa yang merada di sekeliling kita. Tak semesti kita katakan TIDAK BAGUS, itulah warisan kita. Namun, jika kita boleh olah menjadi yang LEBIH BAIK mengapa tidak?

Dari situ lahir resipi cottage pie kedua ini. Stew daging yang baik terhasil dari gabungan gravy yang harum, bawang yang ditumis sehingga naik bau dan menjadi manis dan penuh dengan sayur-sayuran seperti carrot dan kacang peas. Untuk kakak-kakaknya saya letakkan buttom mushroom, malah jika ada broccoli sekalipun akan saya letak atau kacang tolo (black eyed peas) yang selalu makcik2 saya letak untuk sambal goreng.



Cottage Pie bukanlah Pie yang menggunakan kulit pastry. Toppingnya adalah gabungan mash potato dan cheese. Saya ubah dan letakkan keledek oren dan kentang sebaliknya - kerana keledek oren kaya vitamin A dan saya anggap sebagai superfood.

Tidak menggunakan bay leave, rempah sup mak siti - gabungan kesemua rempah yang biasa kita gunakan. I think it was this rempah sup yang membuatkan inti Cottage Pie ini sedap - tak perlu pun garam :)

Bahan-bahan untuk inti Stew Daging:
3 ulas bawang putih
1 setengah cawan daging
Setengah cawan carrot didadu
Setengah cawan kacang peas
1 sudu kecil rempah sup Mak Siti
2 sudu kecil tepung gandum
2 sudu kecil butter atau sedikit olive oil untuk menumis

Bahan-bahan untuk topping:
sebiji kentang sederhana
sebiji keledek oren sederhana
sedikit cheddar cheese yang disagat


Cara-cara memasak inti Stew Daging :
  • Rebus daging dengan 5 cawan air sehingga empuk sedikit. Blender hingga daging lumat. Kemudian campurkan daging rebus yang hancur dengan tepung gandum. Ketepikan
  • Bawang Putih dan Bawang Besar di cincang 
  • Tumis bawang putih dengan 1 sudu butter
  • Masukkan daging dan tambah stok dari air rebusan tadi
  • Tambah satu sudu kecil rempah Mak Siti dan masukkan kacang peas.



  • Biarkan hingga kacang peas empuk. Kemudian baru masukkan carrot. Biarkan agak berkuah sedikit kerana bayi tidak akan mahu makan jika inti kering. 
  • Sebelum inti stew daging di masukkan ke dalam loyang kecil atau ramekin, lenyek-lenyekkan kacang peas supaya bila bayi makan ianya tidak akan melekat menjadi choking hazard
  • Sediakan mash potato dan keledek dengan merebus kedua-duanya terlebih dahulu. Setelah empuk, masukkan 2 sudu cheddar cheese sagat.
  • Setelah itu letakkan di atas inti tersebut sehingga menutupi semua bahagian secara kemas.
  • Bakar selama 10 ke 15 minit dan sejukkan. 

  • Boleh cuba untuk suap jika baby suka atau macam saya bagi baby makan sebagai BLW (walaupun comot)

No comments:

Post a Comment